Tuesday, 11 November 2014

Mimpi Batu Penghalang Masuk Neraka

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki berwukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu manusia sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah".

http://midnight-warrior-cat.deviantart.com/art/My-Rock-Family-173562664
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Malaikat azab telah berada di situ. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu² itu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyeksa orang² yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ke tujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang kamu kumpulkan di padang Arafah. AKU tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan AKU telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang kamu ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga".

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya, kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Begitulah mimpi si lelaki itu...

Kun Musafir Mayang berkata :
"Segala makhluk ciptaan Allah boleh menjadi saksi di atas apa yg kita lakukan di dunia ini".

Wallahu A'lam...

Monday, 10 November 2014

Sedihnya Nyawa Melihat Jasadnya

Dikisahkan bahwa apabila nyawa telah keluar dari badannya, setelah 3 hari ia akan menghadap kepada Allah s.w.t katanya "Ya Tuhanku, berilah izin kepada hamba-Mu hendak pergi melihat jasadku".

Allah s.w.t pun mengabulkan permintaan hamba-Nya itu. Si nyawa segera pergi melihat jasadnya. Dari jauh sudah terlihat jasadnya itu. Dari mulut dan lubang hidungnya terlihat air mengalir, nyawa pun menangis melihatnya. Katanya, "Hai kekasihku, engkau ingatlah tatkala hidupmu bahwa inilah tempat yang menyeramkan, penuh rasa sakit, duka cita, kesedihan dan penyesalan".

Tidak lama kemudian ia kembali lagi ke tempat nyawa² berada. 5 hari kemudian, ia meminta izin lagi kepada Allah s.w.t agar dapat melihat kembali jasadnya.

Kini dari hidung, mata, dan telinga jasadnya keluar nanah dan darah, ia pun kembali menangis yang memilukan. Katanya, "Hai jasadku yang hina dari segala yang hina, engkau ingat pada masa hidupmu, inilah tempat duka cita dan kepiluan, dan inilah rumah ular-ulat, dan kala. Juga telah dimakan oleh ulat kulitmu dan badanmu".

7 hari kemudian ia datang lagi melihat jasadnya, setelah meminta izin terlebih dahulu kepada Allah. Pada kali ini, nyawa melihat jasadnya telah dimakan ulat. Menangislah nyawa dengan sangat harunya, ucapnya "Hai tubuhku, engkau ingatlah pada masa hidupmu dahulu, manakah orang² kampungmu yang menangisimu hingga datang hari kiamat kelak"

Tempat nyawa itu berada setelah mati diriwayatkan adalah di Lubang Sangkakala. Sehingga Lubang Sangkakala berjumlah sebanyak adanya nyawa. Apabila ia calon penghuni syurga, maka ia akan mendapat kenikmatan di dalamnya, namun sebaliknya, apabila ia calon penghuni Neraka, maka ia akan mendapat seksa.

Wallahu A'lam...