Diceritakan bahawa ada 2 orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w berteman baik dan saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.
Sha'b berkata kpd Auf, “Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi”
Auf bertanya, “Betul begitu?”
Sha'b jawab, “Betul”
Takdir telah ditetapkan. Akhirnya, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.
Auf bertanya, “Engkau wahai saudaraku?”
Sha'b menjawab, “Benar”
Auf bertanya, “Bagaimana keadaan dirimu?”
Sha'b menjawab, “Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah”
Auf melihat ada tanda hitam pada leher Sha’b.
Auf bertanya, “Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?”
Sha'b menjawab, “Ini adalah akibat 10 dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati 6 hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”
Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.
“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu. Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?” kata keluarga Sha’b.
Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan 10 dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.
Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.
“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.
Yahudi menjawab, “Rahmat Allah ke atas Sha’b sahabat Rasulullah s.a.w. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak 10 dinar”
Setelah Auf menyerahkan 10 dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu”.
Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.
Wollohu A'lam...
"Sesungguhnya pada kisah² mereka itu terdapat pengajaran bagi orang² yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang di-buat², akan tetapi membenarkan (kitab²) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. [Surah Yusuf,12:Ayat 111]
No comments:
Post a Comment