Tuesday, 11 November 2014

Mimpi Batu Penghalang Masuk Neraka

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki berwukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu manusia sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah".

http://midnight-warrior-cat.deviantart.com/art/My-Rock-Family-173562664
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Malaikat azab telah berada di situ. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu² itu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyeksa orang² yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ke tujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang kamu kumpulkan di padang Arafah. AKU tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan AKU telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang kamu ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga".

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya, kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Begitulah mimpi si lelaki itu...

Kun Musafir Mayang berkata :
"Segala makhluk ciptaan Allah boleh menjadi saksi di atas apa yg kita lakukan di dunia ini".

Wallahu A'lam...

Monday, 10 November 2014

Sedihnya Nyawa Melihat Jasadnya

Dikisahkan bahwa apabila nyawa telah keluar dari badannya, setelah 3 hari ia akan menghadap kepada Allah s.w.t katanya "Ya Tuhanku, berilah izin kepada hamba-Mu hendak pergi melihat jasadku".

Allah s.w.t pun mengabulkan permintaan hamba-Nya itu. Si nyawa segera pergi melihat jasadnya. Dari jauh sudah terlihat jasadnya itu. Dari mulut dan lubang hidungnya terlihat air mengalir, nyawa pun menangis melihatnya. Katanya, "Hai kekasihku, engkau ingatlah tatkala hidupmu bahwa inilah tempat yang menyeramkan, penuh rasa sakit, duka cita, kesedihan dan penyesalan".

Tidak lama kemudian ia kembali lagi ke tempat nyawa² berada. 5 hari kemudian, ia meminta izin lagi kepada Allah s.w.t agar dapat melihat kembali jasadnya.

Kini dari hidung, mata, dan telinga jasadnya keluar nanah dan darah, ia pun kembali menangis yang memilukan. Katanya, "Hai jasadku yang hina dari segala yang hina, engkau ingat pada masa hidupmu, inilah tempat duka cita dan kepiluan, dan inilah rumah ular-ulat, dan kala. Juga telah dimakan oleh ulat kulitmu dan badanmu".

7 hari kemudian ia datang lagi melihat jasadnya, setelah meminta izin terlebih dahulu kepada Allah. Pada kali ini, nyawa melihat jasadnya telah dimakan ulat. Menangislah nyawa dengan sangat harunya, ucapnya "Hai tubuhku, engkau ingatlah pada masa hidupmu dahulu, manakah orang² kampungmu yang menangisimu hingga datang hari kiamat kelak"

Tempat nyawa itu berada setelah mati diriwayatkan adalah di Lubang Sangkakala. Sehingga Lubang Sangkakala berjumlah sebanyak adanya nyawa. Apabila ia calon penghuni syurga, maka ia akan mendapat kenikmatan di dalamnya, namun sebaliknya, apabila ia calon penghuni Neraka, maka ia akan mendapat seksa.

Wallahu A'lam...

Friday, 31 October 2014

Perbualan Nabi Isa Dengan Tengkorak Raja Tentang Seksaan Neraka

      Pada satu kesempatan, Nabi Isa a.s. menjumpai selonggok tengkorak di tengah jalan yang jauh di luar pemukiman manusia. Kemudian beliau berdoa kepada Allah agar tengkorak itu dapat berbicara dengannya. Tengkorak itu adalah bekas seorang raja yang bernama Raja Jumjumah. Telah ditentukan (takdir) Allah, tiba-tiba tengkorak itu bersuara, katanya, "Ya Nabi Isa, Allah telah perintahkan tengkorak kering ini agar dapat ber-kata² denganmu, maka tanyailah apa² yang kamu kehendaki. Salam Allah Ta’ala kepadamu, ya Nabi Isa Ruhullah". Nabi Isa berkata, "Hai tengkorak yang kering, kulit pun tidak ada padamu, maka apa² yang kutanyakan kepadamu, jawablah wahai tengkorak yang kering". Ujar sang tengkorak, "Tanyakanlah tuan apa² yang dikehendaki hati tuan; dengan takdir Allah hamba akan menjawab segala pertanyaan tuan".
      Bermulalah pertanyaan² dari Nabi Isa yang diajukan kepada tengkorak itu, "Hai tengkorak yang kering, kamu ini lelaki atau perempuan? Merdekakah ataukah seorang budak? Kamu ini Islam atau kafir? Kamu ini berbahagia atau sengsara? Kamu ini mulia atau hina? Kamu ini kaya atau miskin? Kamu ini pemurah atau kedekut? Raja atau menteri?"

Tengkorak kering itu pun menyahut,
"Ya Nabi Isa Ruhullah, hamba seorang lelaki bukan seorang perempuan; dan hamba ini merdeka bukan budak, dan hamba orang Islam bukan seorang kafir, dan hamba orang mulia, bukan orang hina, dan hamba orang celaka bukan orang bahagia di akhirat; hamba orang kaya, bukan orang miskin, dan hamba seorang pemurah bukan orang kedekut, dan hamba seorang baik, bukan seorang jahat, dan hamba seorang tua, bukan anak muda; dan hamba berasal dari seorang raja, bukan seorang menteri".

"Dahulu, ya Nabi Isa Ruhullah, rupa hamba sangat baik dan juga sangat menakjubkan lagi elok rupanya dari seluruh rupa. Sangat gemilang bercahaya. Demikianlah keindahan paras hamba, jika siapa pun melihat rupa hamba, pastilah ia hairan dan tercengang dengan bentuk tubuh hamba yang gagah. Ketahuilah bahawa hambalah yang pemurah di daratan Mesir dan Syam".

“Dahulu kerajaan hamba sangat besar. Pada waktu hamba hendak pergi berangkat atau bertemasya pergi berburu, mungkin berjumlah 16 ribu budak pengiring. Belum termasuk hulubalang, menteri², tentera²-nya. Sedangkan rakyat hamba tidak terhitung jumlahnya, melainkan Allah dan Rasul-Nya juga yang mengetahuinya. Gajah, kuda, dan unta hamba tidak terhitung banyaknya pula. 16 ribu budak hamba diberi pakaian yang beraneka ragam. 4 ribu orang memakai pakaian seragam yang berwarna kuning. 4 ribu lainnya memakai pakaian seragam berwarna merah. 4 ribu lainnya memakai pakaian seragam hijau. Pada pakaian mereka dikenakan emas, perak dan bunga putih (kumuda). Emas yang bertahtakan mutu manikam. Ada pula hiasannya, burung rajawali dan burung merak di mana bulunya tersusun dari emas. 4 ribu orangnya memegang senjata dari emas”.

“Di sebelah kanan 1000 orang memegang pedang emas. Di sebelah kiri 1000 orang memegang keris. Di bagian belakang hamba memegang tombak. 4 ribu orang mengendarai kuda sembrani Di sebelah kanan hamba, 1000 orang penunggang kuda yang berseragam hijau. Di sebelah kiri penunggang kuda berwarna. Di hadapan hamba, kuda yang berseragam putih. Para penunggang kuda tersebut mengenakan pakaian berwarna emas dan memegang senjata kerajaan, ya Nabi Isa Ruhullah. Adapun tentara dan rakyat hamba itu tidak terhitung banyaknya, melainkan Allah dan Rasul- Nya yang mengetahui”.

“Demikianlah kebesaran kerajaan hamba, ya Nabi Isa Ruhullah. Tidak seorang pun dari raja² melakukan perlawanan terhadap hamba. Dan tidak pula kerajaan²-nya menyamai kerajaan hamba dan kebesaran hamba. Dahulu, seluruh raja pada zaman hamba berada di bawah kekuasaan hamba, serta mereka diwajibkan memberi wang ufti kepada hamba. Dahulu, 30 ribu unta di bawah kekuasaanku. Gajah, unta, dan kuda tidak terhitung jumlahnya".

Ujar Nabi Isa , "Hai Raja Jumjumah, berapa lama tuan tinggal dalam kerajaan tuan?"

Tengkorak Raja Jumjumah menyahut, "Ya Nabi Isa Ruhullah, 400 tahun lamanya berada dalam kerajaan hamba. Dengan dermawan hamba dalam sehari semalam hamba (pernah) memberikan sedekah sebesar sejuta dinar dan dirham kepada fakir miskin dan musafir. Pada waktu dahulu, setiap hari hamba memberikan pakaian kepada para alim. Demikianlah perihal perbuatan hamba di dunia senantiasa dilakukan. Dahulu, seluruh masjid yang berada di daratan Mesir dan Syam yang perlu diperbaiki akan hamba perintahkan untuk diperbaiki. Demikianlah perihal dari perbuatan hamba di dunia. Akan tetapi Allah Ta’ala Tuhan Semesta Alam juga yang hamba tidak disembah. Hanya DIA-lah yang memberikan harta pada hamba-Nya".

Nabi Isa bertanya lagi, "Hai Raja Jumjumah, bagaimana engkau merasakan kekurangan di dunia, dan bagaimana engkau merasakan sakaratul maut, dan bagaimana rasanya minum pada saat sakaratul maut, dan bagaimana merasakannya saat berada di dalam kubur?"

Tengkorak Raja Jumjumah pun menjawab, "Ya Nabi Isa Ruhullah, amat ajaib dan sangat sukar dan menyakitkan atas seluruh hal yang tuan tanyakan kepada hamba. Sekarang hamba akan ceritakan kepada tuan mengenai kematian hamba”.

Tanda² Kematian:
     "Pada satu kesempatan, hamba pergi mandi ke Sungai Alhamd dengan seluruh hulubalang, menteri², tentera², dan sebagian rakyat hamba turut serta mengiringi. Setelah mandi, hamba naik ke darat, kemudian duduk di tepi sungai itu. Hamba pun merasakan kedinginan pada tubuh seperti hendak demam. Hamba segera pulang ke istana. Para pengiring hamba pun terlihat berduka atas keadaan yang dialami hamba.
     Setelah tiba di istana, hamba berbaring di atas permaidani yang bersipuhkan emas dan bertahtakan ratna mutu manikam. Kata hamba kepada seluruh menteri dan para budak: ’Hai kalian, pergilah kepada tabib yang telah mengubati aku, karena selama 4 hari demam masih dirasa’. Kemudian datanglah orang yang akan mengubati. Namun pengubatannya dirasakan tidak memberi manfaat. Hingga selama 5 hari demam hamba semakin terasa.
     Lalu hati hamba berkata, 'Wahai badanku, akan berpisahlah nyawa dan badan, seperti seorang yang sangat mengasihi seorang yang lainnya. Kemudian berpisahlah keduanya, rasanya adalah bagaikan kehilangan kesedaran, dan terbakarlah hati keduanya. Dan apa pun yang dilakukan, bagi hamba tidak akan menjadikan penghibur, kerana sangat cintanya kepada sang kekasih dan selalu teringat terhadap perpisahannya tersebut' .
     Demikianlah cintanya hamba kepada nyawa hamba, saat ianya mahu berpisah dari badan hamba. Dari kehendak yang memiliki kehendak itu, maka redhalah hamba akan kehendaknya ini. Kemudian hamba pun berfikir dalam hati, 'Oh, nescaya aku akan mati juga, kerana terlihat muka aku menjadi pucat tidak seperti biasanya', dan berduka citalah hamba”.

Saat Kematian:
    "Sesaat kemudian terdengar suatu bunyi, katanya, ‘Kenalkah engkau terhadap seksaan orang derhaka, kerana ia tidak beribadah kepada Allah Ta’ala Tuhan Semesta Alam (sebagaimana mestinya)’. Dan hamba lihat seorang laki-laki amat besar datang ke hadapan hamba. Kemudian ditikamnya dada hamba begitu sakitnya hamba merasakan hal demikian. Tersentaklah diri hamba dan lemah longlailah dirasakan. Selanjutnya didengar lagi suara, ‘Keluarkanlah nyawa orang yang durhaka ini’. Maka seluruh tubuh hamba terasa seperti bercerai-berai. Seluruh sendi² tulang hamba terbaring di atas bantal. Ketika itu, anak isteri dan keluarga hamba begitu menangisi kerana cintanya kepada hamba. 'Oh, aku ini akhirnya mati juga pada hari ini, saat ini telah datang ajalku'.
     Waktu itu, tidak ada seorang pun yang dapat menolong hamba, dan tidaklah dapat menyertai hamba. Maka, hamba melihat seluruh anak isteri dan keluarga hamba menangis dengan sangat berdukanya, kerana sayangnya kepadaku. Pada saat itu, tidak seorang pun dapat memberikan faedah dan manfaat kepada hamba, melainkan kerana apa² yang telah diberikan kepada para ulama dan fakir miskin dahulu itulah yang menolong hamba. Sedangkan apa², baik kenikmatan, makanan yang dimakan, pakaian yang terbuat dan emas yang dipakai dahulu, kini ia menjadi ssksaan dan azab kepada hamba.
     Kemudian datanglah Malaikat Maut kepada hamba dengan bunyinya yang berat. Kepala dan kakinya berada pada 7 lapis langit hingga ke 7 lapis bumi, serta sebelah sayapnya merupakan azab dan sayap lainnya adalah rahmat. Ketika itu, mukanya ada 6, ya Nabi Isa Ruhullah. Yang pertama muka dari atas; ke-2 muka kanan; ke-3 muka kiri; ke-4 di bahagian depan; ke-5 di bahagian belakang; dan ke-6 di bahagian bawah".

Pertanyaan kepada Malaikat Maut:
Bertanyalah kembali Nabi Isa, "Hai Raja Jumjumah tengkorak kering, apa yang kamu tanyakan kepada malaikat maut?"

Jawab tengkorak Raja, "Ada pertanyaan yang diajukan, iaitu, ‘Hai Malaikat, apa sebabnya mukamu itu ada 6? Sahut malaikat, Hai Raja Jumjumah, orang durhaka celaka. Ketahuilah olehmu, bahawasanya mukaku dari atas kerjanya mengambil nyawa seluruh nyawa Anbiya. Mukaku dari depan, akan mengambil nyawa seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. Muka di bagian belakang berperanan dalam mengambil nyawa orang² kafir. Mukaku di bagian kanan mengambil nyawa penghuni wilayah Masyrik dan sebelah kirinya mengambil nyawa penghuni wilayah Maghrib. Dan mukaku di sebelah bawah mengambil nyawa segala jin dan setan”.

Semasa kematian:
Nabi Isa mengajukan pertanyaan berikut, "Hai Raja Jumjumah, bagaimana kau merasakan kedatangan kematian?"

Tengkorak Raja Jumjumah berkata,
     "Ya Nabi Isa Ruhullah, pada satu waktu, datanglah Malaikat maut kepada hamba. Dia datang mengambil nyawa hamba. Lalu kulihat ia beserta dengan 30 malaikat yang disuruhnya untuk memegang lidah hamba agar jangan menjerit akibat dari rasa takut yang dahsyat, dan mendengarkan suara mereka, tulang belulang hamba lemah longlai rasanya. Jika para penghuni wilayah Maghrib mendengarkan suara itu yang seperti halilintar yang membelah. Demikianlah suaranya itu.
      Selanjutnya, 30 malaikat tersebut diperintahkan oleh Allah untuk memegang kaki hamba agar jangan bergerak. Kemudian diperintahkan oleh Allah untuk melontarkan tembaga ke dada hamba yang kemudian hancur. Begitu sangat sakit dan panasnya terasa di dada hamba. Sekali lagi, diperintahkan oleh Allah Ta’ala seorang malaikat untuk memegang leher hamba serta dipakaikannya rantai dan belenggu pada leher hamba, dan dipakaikannya tali kekang terbuat dari api pada mulut hamba oleh malaikat, dan diseksanya hamba. Begitu menderita hamba akibat sakitnya itu, maka ucap hamba kepada malaikat yang menyiksa hamba, 'lepaskanlah hamba dari seksa ini, sebagai upahnya akan kuberikan seluruh harta, anak isteri, segala budak hamba'.
     Setelah mendengar perkataan hamba tadi maka disapunya mulut hamba oleh Malaikatul Maut dan dirasakan oleh seluruh anggota tubuh hamba seperti hancur lebur rasanya. Malaikat itu berkata, 'Hai orang durhaka yang celaka, ketahuilah olehmu bahwa kami ini bukan (akan) mengambil upah dari kamu, kerana kami mengerjakan perintah dari Tuhan kami dengan sesungguhnya. Begitulah kami yang akan mengerjakan dengan sebenar-benarnya. Kami bukanlah seperti kamu manusia yang bersaksi dengan dusta dan bersumpah dengan tidak sebenarnya, dan meninggalkan perintah Allah Ta’ala, serta mengerjakan larangan²-Nya. Oleh karena itu, laknat Allah kepada kamu, dan azab Allah yang menyiksa dengan tiada berkesudahan hingga hari kiamat' ".

Ketika nyawa lepas:
Pertanyaan berikut yang dilontarkan oleh Nabi Isa, "Hai Raja Jumjumah, ketika nyawamu lepas, bagaimana kau merasakan rasa sakitnya, dan tatkala tubuhmu terlentang setelah ditinggalkan nyawanya, bagaimana juga rasa sakitnya?"

Dijawab oleh Raja Jumjumah, "Ya Nabi Isa Ruhullah, ketika nyawa hamba diambil oleh malaikat maut, be-ribu² sakitnya dirasakan oleh hamba melebihi seperti ditikam dengan senjata, dan melebihi sakitnya daripada kambing hidup yang di buang kulitnya, dan seperti kain yang teramat tipis lalu dimasukkan ke dalam air, kemudian dibuang ke atas duri², setelah itu ditarik oleh pemilik kainnya, maka hancur lumat rasanya ketika nyawa hamba diambil oleh Malaikat Maut, dan setelah itu badan hamba merasakan sakitnya, ketika nyawa sudah diambil oleh Malaikat Maut, dan terbaringlah tubuh hamba di atas tikar. Apabila bergerak lantai rumah hamba, dirasakanlah kembali rasa sakitnya. Ketika diangkat untuk dimandikan oleh orang², dan ketika di-gosok² saat dimandikan, hamba merasakan begitu sakit. Setelah itu, dikafanilah hamba, kemudian diangkat untuk dimasukkan ke dalam keranda. Sambil diangkat, dihantarlah hamba ke kubur. Dimasukkanlah hamba ke dalam liang lahad, lalu bergoncanglah tanah kuburnya, dan dirasakan oleh hamba begitu sangat sakitnya dan pedih dirasakan seperti hancur lebur daging ini. Berpisahlah seluruh persendian tulang dan habislah tak tersisa hilang rasanya, ya Nabi Isa Ruhullah".

Ketika di dalam kubur:
Tanya Nabi Isa lagi, "Hai Raja Jumjumah, bagaimana rasanya ketika masuk ke bumi dan (mendengar) suara dari pertanyaan Munkar dan Nakir?"

Raja Jumjumah menyahut,
     "Ya Nabi Isa Ruhullah, setelah selesai hamba dikuburkan oleh jemaah, kemudian datanglah 2 malaikat, pertama bernama Munkar, dan yang kedua bernama Nakir yang diperintahkan oleh Allah untuk menanyai orang² di dalam kubur. Kemudian kata kedua malaikat tersebut kepada hamba. 'Hai orang durhaka yang celaka, tuliskan olehmu perbuatan yang telah engkau perbuat di dalam dunia, baik jahat mahupun baik semuanya. Seluruhnya tuliskan olehmu; jangan kau sembunyikan, agar di hadapan Allah semuanya itu dibalas' ".
     Kata hamba, untuk menulis itu, apa tintanya, kalamnya, dan kertasnya untuk hamba. Ujar Malaikat itu, 'Hai orang durhaka yang celaka, sebagai tintanya adalah air mulutmu, kalamnya adalah telunjukmu, dan kertasnya itu adalah kain kafanmu. Maka seluruh perbuatanmu yang baik dan jahat; dosa besar dan dosa kecil seluruhnya tuliskan olehmu; segeralah kau tuliskan. Mengapakah, hai orang durhaka yang celaka, dirimu diam, apakah itu keinginanmu?' Oleh kerananya, hamba pun menulis akannya.
     Dalam fikiran hamba, mengatakan bahwa ternyata banyaklah dosa hamba, dan sedikit saja pahala hamba. Ah, tidak akan  hamba tulis dosa² hamba. Malaikat berkata. 'Hai orang durhaka yang celaka, tuliskan seluruh dosamu yang kau perbuat. Dari dosa besar mahupun dosa kecil jangan engkau sembunyikan'. Selanjutnya hamba tuliskan semuanya baik yang jahat mahupun yang baik. Kata hamba, 'Ouh, sekarang dosaku sangat banyak tidak terhitung lagi, ya Nabi Isa Ruhullah. Segala hal perbuatan hamba tidaklah dapat hamba katakan kepada tuan, melainkan Allah juga yang amat mengetahuinya.
    Tiba² ada 2 malaikat yang sangat hitam, amat tinggi dan besar seperti pohon kurma. Dari mulutnya keluar api yang menyala-nyala. Kemudian berkata kepada hamba, katanya, 'Hai orang durhaka yang celaka, siapa Tuhanmu, siapa nabimu, apa agamamu, siapa imammu, apa kiblatmu, dan siapa saudaramu?' Lalu sahut hamba, 'Engkaulah Tuhanku'. Setelah didengar jawaban tersebut oleh malaikat, ia sangat marah. Kemudian dipecut dengan cemetinya yang ber-cabang². Setiap cabangnya keluar api yang menyala. Kalau saja cemeti yang bercabang itu dipukulkan ke atas bumi ini, maka akan ratalah ia atau bukit pun akan rata dan terlihat hancur.
     Demikianlah, hamba dipukulnya, yang menyebabkan tubuh hamba hancur. Sendi² tulang hambapun bercerai-berai. Daging hamba juga hancur-lebur. Ibarat awan yang ditiup angin kencang. Demikianlah rasanya; dipukul 3 kali ber-turut². Malaikat berkata lagi, 'Hai bumi, kepitlah orang durhaka yang celaka itu. Makanlah olehmu dagingnya sebagai suatu rezeki, kerana ia orang yang durhaka kepada Allah Ta’ala'. Setelah itu, hamba dikepit oleh bumi. Habislah hancur lumatlah tubuh hamba, serta daging pun hancur tercerai-berai. Sendi² tulang juga hancur-remuk. Ujar bumi, 'Hai orang durhaka yang celaka, tatkala engkau tinggal di atasku, seluruh keinginanmu yang durhaka kau lakukan di atasku, seperti zina, dan lain-lainnya yang dilarang oleh Allah'.
     Setelah dikepit oleh tanah tersebut, bumi berkata kembali, 'Hai orang celaka yang durhaka, sekarang engkau masuk ke dalam perutku, maka akulah rupa yang buruk, dan akulah rumah yang berisi seksaaan akulah juga rumah yang berisi seluruh bau busuk dan hanyir'.

Ketika di dalam Neraka:
Selanjutnya, hamba melihat 2 orang yang sangat hitam rupanya. Kepalanya sangat besar seperti bukit di negeri Syam. Kedua orang itu yang ternyata adalah malaikat yang kemudiannya membawa hamba ke suatu tempat. Setibanya di bawah ‘Arsy Allah Ta’ala, terdengarlah oleh hamba satu suara, yang mengatakan, 'Hai Malaikat-Ku, bawalah orang durhaka yang celaka itu ke dalam neraka. Buanglah ia ke dalam seksa yang sangat menyeksa itu'. Kemudian hamba dibawa oleh malaikat itu ke neraka. Sesampainya di pintu neraka, hamba diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, seraya mengatakan, 'Hai Malaikat Zabaniyah, masukkan orang yang celaka ini ke dalam neraka. Seksalah dia dengan seksaan yang sangat menyeksa'.

Melihat seksaan di Neraka:
     Setelah itu, hamba pun dimasukkan ke dalam neraka yang amat sangat menyeksa itu. Terlalu banyak macamnya seksaan dan azab yang hamba lihat. Hamba sering menangis dan mengerang menyaksikan keadaan seksa neraka itu. Ucap hamba, 'Oh, siapa lagi yang hamba harapkan, dan siapa lagi yang akan mengasihi hamba. Oh, bagi hamba sangat diharamkan sekali-kali untuk berbuat dosa, seandainya hamba berada di dalam dunia hanya sesaat saja lamanya'.
     Pada waktu itu, hamba tidak mengetahui lagi bagaimana nasib hamba selanjutnya. Namun, kemudian hamba melihat 4 buah kursi tersimpan di kanan dan kiri ‘Arsy Allah Ta’ala. Lalu hamba menanyakan kepada malaikat yang menyeksa hamba mengenai siapa yang mendapatkan anugerah Allah Ta’ala Al Karim itu. Jawab Malaikat, 'Adapun satu kursi itu adalah dianugerahkan kepada Nabi Muhammad Rasulullah. Satu kursi berikut adalah untuk Nabi Ibrahim khalilullah. Satu kursi lagi untuk Nabi Isa Ruhullah Dan satu kursi sisanya adalah bagi Nabi Musa Kalamullah'.
     Pada saat itu, hamba lihat seorang tua duduk di atas satu kursi dan dari hidungnya senantiasa keluar api. Beberapa malaikat diperintahkan oleh Allah Ta’ala untuk memasukkan orang tua itu ke dalam neraka, serta dirantai yang membelenggu dan ditali. Setelah selesai menjalani segala macam seksaan, hamba lihat ia dibawa ke atas mimbar. Dibawalah dia ke dalam neraka dan dirantailah dia serta dibelenggulah dia dan kekanglah ia pada lehernya. Malaikat berkata, 'Sesungguhnya orang ini durhaka yang celaka tidak mahu menuruti perintah Allah Ta’ala dan Rasul-Nya'.

Menjalani Seksaan:
     Dalam menjalani seksaan, rambut hamba habis terlepas dari kulit. Tulang hamba pun hancur dan patah². Bibir hamba seperti Bukit Haliyah besarnya. Tubuh hamba besarnya seluas seperti jauhnya orang yang menunggang kuda sembrani selama 3 hari 3 malam. Seperti jarak itulah besarnya. Jika orang lari dengan kuda sembrani yang sangat tangkas selama 3 hari 3 malam, maka tebal bibir atas bawahnya sama seperti itu. Hidung hamba pun seperti bukit besarnya. Sementara mata hamba menjadi buta dan telinga menjadi hamba tuli.
     Hamba juga dikenakan pakaian yang terbuat dari kulit api neraka. Di dalam baju itu terdapat macam² binatang, seperti ular, kalajengking, dan lipan yang tercipta dari api neraka. Jika saja binatang² itu diturunkan ke bumi, maka seluruh isi bumi dapat ditutupi oleh karena besar tubuhnya. Dan dengan marahnya binatang² itu menggigit tubuh hamba.
     Awalnya perut hamba diikat dengan tali dari api neraka, dan diikatkan kepada satu pohon yang tercipta dari api neraka juga. Selanjutnya kaki hamba disimpan di atas. Sedangkan kepala disimpan di bawah, seperti orang yang digantung songsang. Andai saja penghuni dunia menyaksikan penyeksaan itu, nescaya seluruhnya akan sangat terkejut dan takut kerana kedahsyatan seksaan itu. Setelah selesai dari tempat ini, hamba dibawa kepada seksa yang lain. Kemudian diserahkanlah hamba kepada Malaikat Zabaniyah. Hamba disuruh untuk memakai suatu kasut terbuat dari api yang panjangnya 110 meter dan tingginya 440 meter. Apabila kasut itu dipakai ke kaki, maka timbullah rasa hangus di dalam dada dan sangat menyesak hingga hancur lebur. Asapnya naik sampai ke otak hamba. Ya Nabi Isa Ruhullah, makanan hamba dari tembaga dan timah yang melebur.

Menjalani Seksaan di tempat lain:
      Setelah selesai menjalani seksan di tempat ini, kemudian hamba dibawa ke satu bukit api neraka. Hamba lihat be-ribu² bukit dari api neraka. Di atas bukit² itu, terdapat batu² dari api neraka juga. Ada pula pepohonan yang tercipta dari api neraka pula, serta binatang²-nya yang terbuat dan api neraka juga. Pada satu bukitnya, terdapat seksaan be-ribu² macam, dan be-ribu² macam api. Terdapat pula sungai² api yang airnya berasal dari tembaga, timah, dan besi yang telah melebur. Ada juga airnya yang berasal dari darah dan nanah yang berbau sangat anyir dan busuk. Tiap² sungai, airnya ber-putar², dan bunyinya bagaikan guruh dan halilintar yang membelah angkasa. Demikianlah yang hamba dengar, terdengar hingga 1000 tahun perjalanan manusia.
     Ketika hamba sampai di atas bukit. Binatang² itu disuruh oleh malaikat Zabaniyah menyeksa hamba beratus-ratus kali. Andai saja anak dari dari seekor ular di antaranya yang terjatuh ke bumi, maka hancurlah bumi kerana bisanya. Lalu hamba dibawa ke dalam sungai. Seluruh anggota badan dan sendi tulang rasanya seperti hancur lebur. 300 ratus kali hamba digigit, kemudian di bawah bukit be-ribu² seksaan dan azab Allah Ta’ala hamba rasakan lagi, dan tubuh hamba diikat dengan tali dan api dan dirantai yang terbuat dari api juga. Hamba pun diikatkan kepada sebuah pohon yang terbuat dari api neraka juga. Sedangkan rantai membelenggu hamba dan dililitkan pula hamba kepada pohon itu. Hanguslah tubuh hamba dan hancurlah daging hamba rasanya.
     Hamba sendiri ketika hidup kembali tidaklah ada bandingannya seksaan² yang telah dialami itu, ya Nabi Isa Ruhullah. Begitu menderitanya, hamba pun menangis dengan menjadi-jadi serta berseru-seru kepada Allah Azza wa Jala, ‘Ya Ilahi, Ya Robbi, Ya Saidi, Ya Maulayya, Ya Tuhanku, telah hanguslah segala tubuh hambamu dan hancur leburlah daging hamba, serta meluruh dari kulitnya hamba rasakan ya Tuhanku, perut hamba pun jadi melorot ke bawah, hingga hamba dapat duduk di atasnya’. Demikianlah seruan hamba ke hadapan Allah Ta’ala. ya Nabi Isa Ruhullah.

Melihat seksaan yang lain:
     Hamba kemudian lihat banyak orang yang mendapat seksa, dan datanglah ular, kalajengking, dan lipan dari api menggigit mereka sama seperti yang menggigit tubuh hamba. Mereka pun meraung-raung kerana terlalu sangat sakitnya dan menangis begitu memilukan. Hamba katakan, 'Hai Malaikat Zabaniyah, apakah dosanya dari orang² itu hingga diseksa dengan yang demikian itu?' Malaikat Zabaniyah menjawab, 'Hai orang durhaka yang celaka, ketahuilah olehmu bahawasanya orang itu tidak mahu mandi junub serta tidak suci dirinya ketika ia pergi ke masjid, demikianlah dosanya orang itu' ".

Raja Jumjumah berkata,
     "Ya Nabi Isa Ruhullah, hamba lihat orang² yang matanya dituangi dengan api yang menyala-nyala, dia terbaring dan tergantung seraya berseru kepada Allah. Hamba pun bertanya kepada Malaikat Zabaniyah, mengenai hal itu. Dia menjawab, 'bahawa sesungguhnya orang itu ketika di dalam dunia sering mengintip aurat isteri orang lain, serta berusaha menggodanya'.
     Ya Nabi Isa Ruhullah, hamba juga melihat seorang perempuan yang tengah muntah² dengan lidahnya yang menjulur hingga ke kakinya. Dari mulutnya keluar nanah dan darah yang menggumpal-gumpal. Kemudian disuapinya dengan daging dari api, serta digantung secara songsang. Kepalanya di posisi bawah sedangkan kakinya berada di atas. Dan di bawahnya ada api yang menyala-nyala, dia menyeru-nyeru dengan tangisannya yang sangat memilukan; suaranya begitu menyayat. Hamba pun bertanya kepada Malaikat Zabaniyah, 'Apakah dosa dari orang itu?' Malaikat menyahut, 'Mereka itulah yang telah melakukan pengguguran kandungan'.
     Sebagian yang hamba lihat lehernya tergantung pada rantai dari api yang menyala-nyala, dan hamba bertanya lagi kepada Malaikat Zabaniyah, 'Apa dosanya orang itu?' 'Orang itu tidaklah sekali-kali mahu mengambil air untuk sembahyang ketika hidupnya di dalam dunia', ujar Malaikat Zabaniyah. Seluruh persendian hamba pun lemah dan letih rasanya. Tubuh hamba pun bergementar, kerana kedahsyatan dan ketakutan hamba menyaksikan azab Allah Ta’ala tersebut, ya Nabi Isa Ruhullah. Lalu hamba pun bertanya kepada Malaikat Zabaniyah, 'Siapa yang mandi dan siapa pula yang meminum air sungai tersebut?'. Dijawab oleh Malaikat Zabaniyah, 'Hai orang durhaka yang celaka, adapun yang mandi dan minum air sungai itu adalah orang² yang diseksa di dalam neraka'.
     Ya Nabi Isa Ruhullah, hamba lihat di dalam neraka itu be-ribu² parit dari api neraka, dan dari parit tersebut terdapat be-ribu² rumah; dari satu rumah, terdapat be-ribu² pintunya; dan dari satu pintunya, terdapat be-ribu² bilik dan be-ribu² bangku; dan dari satu bangku terdapat be-ribu² ambalan; dan dari satu ambalan, terdapat be-ribu² hamparan dan bantal dan be-ribu² azab Allah Ta’ala; dan seluruh seksaan tersebut, berasal dari api juga. Hamba lihat di dalam neraka itu ada mahligai dari api dan pada satu mahligainya terdapat be-ribu² pintu, dan pada satu pintu terdapat be-ribu² bilik dan bangku; dan dari satu bangku terdapat be-ribu² hamparan dan bantal. Bahawasanya pada tiap² barang tersebut, kainnya berasal dari api neraka.
     Ya Nabi Isa Ruhullah, hamba lihat di dalam neraka itu ada ber-macam² binatang, ada yang seperti gajah, kuda, singa, keldai, kalajengking, lipan, burung, babi, anjing, dan kucing. Seluruhnya berasal dari api yang ber-macam². Sesungguhnya seluruh binatang tersebut kerjanya adalah untuk menyeksa penghuni neraka. Sesudah hamba merasakan dan melihat berbagai macam seksaan neraka, hamba dibawa oleh malaikat Zabaniyah ke atas bukit yang bernama bukit Sakuna. Sampai ke atas bukit tersebut dapat ditempuh oleh manusia biasa adalah selama 70 ribu tahun. Dan terdapat 70 ribu tempat pemberhentian. Terdapat pula 70 ribu macam seksa di tempat itu, ya Nabi Isa Ruhullah. Di bukit Sakuna terdapat 70 ribu malaikat yang pekerjaannya adalah menghancurkan tembaga, timah, dan besi sebagai bahan untuk menyeksa orang yang tidak mahu menuruti akan perintah Allah Ta’ala dan Rasul Nya, juga menyeksakan hamba di bukit itu. Hamba rasakan tidak ada sesuatu pun yang menyamai azab tersebut. Ya Nabi Isa Ruhullah, seluruh seksaan yang ada di dalam dunia, tidak ada satu pun yang sama dengan seksaan yang ada di akhirat. Di bukit itu hamba lihat dan hamba dengar, penuh dengan ular dan kalajengking, dan binatang² buas isinya.

Mendapat kasih sayang Allah:
Kata Raja Jumjumah, "Ya Nabi Isa Ruhullah, adalah ber-macam² seksaan yang hamba lihat yang tidak mungkin habis hamba ceritakan kepada tuan mengenai seksaan itu. Setelah selesai hamba menjalani seksaan², maka datanglah seorang malaikat untuk menyampaikan amanat dari Allah kepada Malaikat Zabaniyah bahwa Allah Ta’ala telah mengampuni dosaku. Allah Ta’ala telah menganugerahi kasihNya. Penyeksaan kepadaku dilakukan kerana perintah Allah semata. Dan kini aku telah diampuni oleh Allah Ta’ala terhadap seluruh dosaku".

Nabi Isa berbicara, "Hai Raja Jumjumah, berbahagialah tuan telah begitu besar dianugerahi Allah telah melepaskan azab. Sesungguhnya segala perbuatan jika tidak benar niatnya, maka sembahyang dan ibadahnya pun tidak akan memberinya manfaat apapun. Hai Raja Jumjumah, ceritakanlah oleh Tuan seluruh seksaan yang telah dialami oleh hamba kepada orang² agar mereka menjadi takut dan bertaubat setelah mendengarkannya".

Kata Raja Jumjumah, "Ya Nabi Isa Ruhullah, tidaklah hamba dapat merasakan penderitaan lagi, dan tidaklah pula dapat menceritakan lagi mengenai seksaan² dan azab Allah Ta’ala. Karena tuan adalah Ruhullah, hamba mohonkan kepada Allah s.w.t agar dapat hidup kembali dan masuk ke dalam perut ibu hamba supaya dapat berbakti ke hadirat Tuhan RobbulArsyil Azim, maka semoga dapat terlepas dari seksaan yang telah hamba rasakan, dan hamba telah melihatnya juga. Akan tetapi terhadap kerajaan hamba, janganlah tuan mohonkan hamba untuk kembali lagi berkuasa".

Setelah Nabi Isa Ruhullah mendengar permohonan tersebut, ia segera mengambil segenggam tanah. Kemudian dibasuhkanlah kepada kepala tengkorak dan ditutupnya dengan kain putih. Selanjutnya, Nabi Isa melaksanakan solat 2 rakaat. Lalu berdoa kepada Allah agar keinginan dari tengkorak Raja Jumjumah dapat terkabul. Allah s.w.t pun mengabulkan permohonan Rasul-Nya itu.

Wollohu A'lam...

Thursday, 30 October 2014

Syair Kematian Bersemadi Di Kuburan

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat 3 kubur sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kubur tersebut kerana di atas kubur itu ada tertulis beberapa rangkap syair.

Pada kubur pertama tertulis syair:
Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya...
Merasa seronok dan lazat dalam hidupnya?...
Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya...

Dan akan membalas baik orang yang baik amalnya...

Pada kubur kedua tertulis syair:
Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini?...
Bagi yang meyakini kematian akan datang...
Merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba...
Kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah...
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit...
Sememangnya dia adalah calon penghuninya...


Pada kubur ketiga terdapat syair:
Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini...
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur...
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya...
wajah jelita yang yang dibanggakan...
akan lenyap serta merta...
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa...


Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.

“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini” kata orang soleh.

“Apa itu?” tanya Syeikh. “Aku jumpa dengan 3 kubur yang masing² di atasnya tertulis beberapa syair” kata orang soleh sambil membacakan kandungan syair² yang telah dilihatnya.“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib daripada rangkap² syair yang kamu lihat di atas kuburnya” balas Syeikh itu.“Apa itu? Sila ceritakan kepadaku” kata orang soleh tadi.

Syeikh menceritakan bahawa penghuni ketiga-tiga kubur itu adalah 3 orang adik beradik yang pekerjaannya berlainan. Yang pertama seorang Zuhud, yang kedua seorang Gabenor yang berkuasa dan yang ketiga seorang Saudagar kaya. Walaupun berlainan kerjaya, ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Suatu ketika saudara yang Zuhud sakit, dan apabila dirasa bahawa ajalnya sudah hampir, berkumpullah kedua-dua saudaranya yang lain sambil menanyakan halnya. Mereka menawarkan kepada si zahid untuk mensedekahkan hartanya bagi kepentingan saudaranya yang hampir meninggal itu. Akan tetapi dia menolak.

“Aku tidak berhajat kepada hartamu. Akan tetapi aku minta kepadamu berdua agar berjanji kepadaku akan sesuatu yang tidak akan kamu mungkiri selepas kematianku nanti” katanya yg Zuhud. "Boleh, sila katakan, apa hajatmu?”kata adiknya (Gabenor dan Saudagar). "Apabila aku mati, kamu mandikan, kafankan dan solatkan mayatku. Setelah itu kamu kebumikan di bumi yang agak tinggi. Setelah itu tuliskan di pusaraku itu dua rangkap syair ini:

Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya...
Merasa seronok dan lazat dalam hidupnya...
Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya...
Dan akan membalas baik orang yang baik amalnya...


Selepas itu hendaklah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua" kata yg Zuhud tadi.

Setelah berwasiat demikian, dia pun meninggal dunia. 2 adik beradiknya melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya. Setiap hari kedua-duanya datang dan membaca syair itu sehingga menangis. Adik yang menjadi gabenor datang dengan mengenderai kuda bersama askar²-nya. Dia berdiri di sisi kubur abangnya sambil membaca syair tersebut dan menangis kerana kandungannya mengena pada dirinya. Pada hari ke-3, dia datang lagi sebagaimana biasa sambil diiringkan oleh askar²-nya, lalu berdiri di sisi pusara membaca syair dan menangis. Apabila dia akan pulang, tiba² mendengar bunyi dentuman yang kuat dari dalam kubur yang menyebabkan hatinya gementar. Kemudian pulang dengan perasaan takut, gementar dan risau. Pada sebelah malamnya pula dia bermimpi melihat abangnya datang.

“Wahai abangku, bunyi apa yang aku dengar dari dalam kuburmu semalam?”tanya Gabenor. “Itulah bunyi pukulan terhadap ahli kubur yang zalim", jawab abangnya. Dikatakan kepada adiknya, "Kamu lihat orang zalim itu? Mengapa engkau tidak menolongnya?” 

Sebaik saja terjaga dari tidurnya, si Gabenor itu resah dan dipenuhi rasa takut dan gementar yang berterusan. Dia segera memanggil saudaranya yang menjadi Saudagar dan menceritakan tentang mimpinya.

“Wahai saudaraku, aku yakin bahawa Allahyarham tidak berwasiat agar menuliskan rangkap syair itu di atas pusaranya melainkan hanya untuk memberi peringatan kepadaku kata Gabenor kepada saudaranya yang menjadi Saudagar itu.

Kemudian dia berkata kepada para pegawai dan orang² yang ada disekitarnya: "Aku persaksikan kepadamu semua, bahawa mulai saat ini aku sudah bukan pemimpinmu lagi buat selama-lamanya”

Dia meletak jawatan serta merta buat menumpukan sisa² hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah sambil menggembara ke bukit² dan perkampungan sehingga ajal datang menjemputnya di hadapan sebahagian bekas rakyatnya.

Pada hari² terakhir sebelum kematiannya, saudaranya yang menjadi Saudagar telah mendengar khabar mengenai bekas Gabenor itu. Dia segera datang ke tempatnya untuk menanyakan apa-apa yang diperlukan.

“Sila berwasiat wahai saudaraku!” kata si Saudagar. “Apa yang akan aku wasiatkan. Aku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Hanya saja aku minta kepadamu agar mahu berjanji untuk melaksanakan sesuatu setelah kematianku nanti” kata Gabenor.“Boleh, Sila katakan”kata adiknya Saudagar.“Apabila aku mati nanti, kuburkanlah di samping kubur saudaraku dan tulislah di atas pusaraku syair ini:

Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon ahlinya


Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas 3 hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku”. kata Gabenor.

Setelah berwasiat demikian, bekas Gabenor itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudaranya segera menyempurnakan pengurusan mayatnya sehingga selesai dikuburkan. Sebagai memenuhi janjinya, dia menulis syair yang telah ditentukan di atas pusara saudaranya itu, kemudian pulang.

3 hari selepas pengkebumian, si Saudagar datang berziarah ke kubur saudaranya dan berdoa kepada Allah semoga arwah saudaranya dicucuri rahmat. Apabila dia membaca syair yang tertulis di pusara saudaranya itu, dia pun menangis kerana sangat terkesan akan maksudnya. Setelah itu, dia pun bersiap sedia untuk pulang, tapi tiba² terdengar bunyi gegaran yang sangat hebat dari dalam kubur sehingga membuatnya terperanjat dan hampir² tidak sedarkan diri. Dia pun pulang dalam keadaan sangat ketakutan.

Pada sebelah malamnya, dia bermimpi melihat saudaranya yang telah meninggal dunia datang menghampirinya.

“Wahai saudaraku, engkau datang menziarahi kami?”

“Ya. Selepas ini tidak ada ziarah lagi. Aku telah tenang dengan rumahku yang baru.

“Bagaimana keadaanmu sekarang?”

“Alhamdulillah baik.”


“Bagaimana keadaan abang kita?”

“Dia berkumpul bersama umat-umat yang baik.”

“Apa pesan engkau kepadaku?

Barangsiapa yang telah melakukan sesuatu, dia akan mendapatkannya. Oleh itu, jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu” kata saudaranya yang telah mati.

Sejak itu, si Saudagar mengasingkan diri dari urusan dunianya dan hatinya sentiasa ingat pada mati. Harta kekayaannya dibagi bagikan kepada fakir miskin dan dia sendiri menumpukan hidup beribadah kepada Allah. Anaknya yang sudah jadi seorang pemuda yang segak badan dan bagus wajahnya juga bekerja sebagai peniaga yang berjaya. Beberapa masa telah berlalu. Ajal bekas Saudagar yang telah jadi sufi itu pun hampir menjemputnya. Saudara mara dan anaknya telah berkumpul.

“Berwasiatlah sesuatu wahai ayah” kata anaknya. “Wahai anakku! Ayah sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Akan tetapi hanya minta kepadamu agar berjanji untuk melakukan sesuatu selepas kematianku”

“Boleh, boleh. Sila katakan wahai ayah”

“Apabila aku mati, kuburkan aku di dekat kubur bapa-bapa saudaramu dan tuliskan syair pada pusaraku:

Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sana kedudukan pemuda akan digugat
wajah jelita yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa


Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga 3 hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku”

“Insya Allah, saya akan melakukannya” jawab si anak.

Setelah dia meninggal dunia, anaknya segera melakukan semua yang diamanahkan kepadanya. Dia berziarah ke kubur ayahnya setiap hari sambil berdoa untuk ayahnya dan membaca syair yang tertulis di pusaranya. Pada hari ke-3 dia mendengar suara dari dalam kubur yang sangat menggerunkan dan membangkitkan bulu roma dan memucatkan mukanya. Dia pulang kepada keluarganya dalam keadaan takut dan gementar.

Pada sebelah malamnya pula, dia bermimpi melihat ayahnya datang sambil berkata:

“Wahai anakku! Sesungguhnya engkau berada sangat dekat denganku, duniamu sudah berada di penghujungnya dan maut lebih dekat dari itu lagi. Oleh kerana itu bersiap sedialah engkau untuk menempuh perjalananmu dan periksalah keadaan kenderaanmu. Alihkan perhatianmu dari melengkapi isi rumah yang engkau tempati sekarang pada rumah yang bakal engkau tempati buat selama-lamanya. Janganlah engkau tertipu seperti orang-orang sebelummu yang telah tertipu oleh keinginan pada harta sehingga tidak sempat membuat persediaan untuk pergi. Akibatnya, mereka menyesal yang tidak berkesudahan setelah mati. Padahal penyesalan ketika itu sudah tidak ada maknanya lagi. Wahai anakku! Segera laksanakan, segera laksanakan!!!”

Mimpi pemuda terhenti, kerana dia terjaga dari tidurnya dalam keadaan terkejut dan takut serta faham apa yang akan terjadi pada dirinya. Pada sebelah paginya dia pun segera mengerjakan apa-apa yang perlu. Semua hutang²-nya dijelaskan, hartanya disedekahkannya kepada fakir miskin. Pada pagi hari ke-3 dari hari bermimpi, dia memanggil semua keluarganya dan anaknya kemudian berwasiat dan mengucapkan salam.

Setelah itu dia menghadap Kiblat, mengucapkan 2 kalimah Syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang ramai datang ber-pusu² menguruskan mayatnya dan berziarah ke kuburnya serta berdoa di sana.
Radiallahu 'anhum.

Wollohu A'lam...

Wednesday, 29 October 2014

Tunaikan Amanah Sahabat Dalam Mimpi

Diceritakan bahawa ada 2 orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w berteman baik dan saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.

Sha'b berkata kpd Auf, “Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi”

Auf bertanya, “Betul begitu?”

Sha'b jawab, “Betul”

Takdir telah ditetapkan. Akhirnya, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

Auf bertanya, “Engkau wahai saudaraku?”

Sha'b menjawab, “Benar”

Auf bertanya, “Bagaimana keadaan dirimu?”

Sha'b menjawab, “Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah”

Auf melihat ada tanda hitam pada leher Sha’b.

Auf bertanya, “Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?”

Sha'b menjawab, “Ini adalah akibat 10 dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati 6 hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu. Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”  kata keluarga Sha’b.

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan 10 dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

Yahudi menjawab, “Rahmat Allah ke atas Sha’b sahabat Rasulullah s.a.w. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak 10 dinar”

Setelah Auf menyerahkan 10 dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu”.

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.

Wollohu A'lam...

Tuesday, 28 October 2014

Tangan Terbakar Terkena Api Dari Kubur

Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka berada di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan takziah atas kematian saudaranya” kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghiburkannya dan memujuknya agar jangan menangis, tapi usaha itu tidak berjaya.

“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.

“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu” jawabnya.

“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?” tanya para tetamu.

“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba aku mendengar suara dari dalam kubur. "Arrgghh.... Aaarrgghhh.... Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat” ".

"Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya:

“Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”

“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.

“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya” jawabnya.

Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya:

“Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat”.
(Ali Imran, 180)

Wollohu A'lam...

Monday, 27 October 2014

Ahli Kubur Yang Mulia

Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar pergi ke kubur. Kemudian, dia mengerjakan solat 2 rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, dia rasa mengantuk dan pada masa kengantukan dia itu, dia melihat penghuni kubur keluar dari kuburnya dan bercakap dengannya.

Penghuni Kubur 1 berkata: “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal 2 rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini”.

Mutraf bertanya: “Kuburan siapa saja yang ada di sini?”

Penghuni Kubur 1 menjawab: “Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim”.

Mutraf bertanya: “Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?”

Penghuni Kubur 1 menjawab: “Kubur yang itu” (sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.)

Mutraf sangat ingin mengetahui penghuni kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya. Akhirnya, harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba penghuni kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

Mutraf bertanya: “Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?”

Penghuni Kubur 2 menjawab: “Mereka mengatakan bahawa diriku demikian”.

Mutraf bertanya: “Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Penghuni Kubur 2 yg masih muda itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi aku telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kemuliaan tersebut”.

Wollohu A'lam...

Akal dan Nafsu Mengadap Allah

Dalam kitab karangan Usman bin Hassan bin Ahmad, ada diceritakan;

AKAL duduk dalam OTAK
ALLAH berkata kepada AKAL:
"Wahai AKAL! Mengadaplah kamu".


Maka AKAL pun mengadap kehadapan ALLAH, kemudian ALLAH berkata lagi:

“Wahai AKAL berbaliklah kamu !”

Lalu AKAL pun berbalik. Kemudian ALLAH berkata lagi:

“Wahai AKAL! Siapakah AKU?”

Lalu AKAL pun berkata:

“Kamu adalah TUHAN yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah”.

ALLAH berkata:
“Wahai AKAL tidak KU-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada kamu”.

Setelah itu ALLAH memanggil NAFSU pula datang mengadap tetapi NAFSU hanya mendiamkan diri. Masuk panggilan kali ke-3, barulah NAFSU datang mengadap ALLAH.

ALLAH bertanya kepada NAFSU:
"Siapakah kamu dan siapakah AKU?"

NAFSU pun duduk dalam otak
Jawab NAFSU:
"KAMU adalah KAMU dan aku adalah aku".

ALLAH lalu menyeksanya dalam Neraka Jahim selama 100 tahun, kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal.

ALLAH menyoal lagi:
"Siapakah kamu dan siapakah AKU?"

Jawab NAFSU:
"KAMU adalah KAMU dan aku adalah aku".

ALLAH lalu memasukkanya ke dalam Neraka Juu' pula selama 100 tahun, kemudian mengeluarkannya lagi untuk disoal semula.

Kali ini barulah NAFSU mengaku hakikat dirinya.

NAFSU berkata:
"aku adalah hambaMu yang lemah dan KAMU adalah TUHANKU yang Maha Kaya".

Wollohu a'lam...