Saturday, 12 September 2015

Kacang Botol dan Khasiatnya


Kacang botol muda mempunyai banyak kalsium, besi dan vitamin A & protein.

Kepada yang mengalami masalah kurang darah, bolehlah makan kacang botol ini.

Kepada yang mengalami masalah demam campak, boleh rebus kacang botol dan air rebusannya boleh disapu di badan.

Akar kacang botol pula boleh mengubati masalah penyakit vertigo.
*Penyakit vertigo = keadaan dimana seseorang merasa dirinya atau ruangan disekitarnya seolah berputar. Perasaan ini disebabkan oleh virus, penurunan aliran darah ke otak, trauma kepala, alahan sementara disebabkan pengambilan ubat-ubatan dan alkohol serta migrain.

Kepada yang mengalami masalah mata yang bengkak dan bisul yang bernanah, bolehlah ambil daun kacang botol dan kisar bersama air. Gunalah air bancuhan tadi untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.

Kepada yang mengalami masalah ulser kulit, bolehlah makan daun kacang botol.

Kepada anak kecil yang mengalami masalah semput, bolehlah diambil pucuk daun kacang botol dan lumatkanlah ia dengan sedikit air, selepas itu sapulah di dada dan belakang anak kecil.
 Sumber FB: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1576950739222550&set=a.1576950525889238.1073741834.100007229161035&type=1&theater 

Saturday, 25 July 2015

Lakuan Allah

      Lakuan atau perbuatan Allah itu dizahirkan kepada auliya dan abdal dalam kasyaf (pandangan kerohanian) dan musyahadah (pengalaman kerohanian) dan ini melebihi jangkauan akal manusia dan mencarik adat dan kebiasaan. Penzahiran atau manifestasi ini ada 2 jenis; satu dinamakan Jalal (kebesaran dan keagungan) dan satu lagi dinamakan Jamal (keindahan). Jalal ini menimbulkan kehebatan dan mempengaruhi hati demikian rupa hingga tanda-tandanya nampak pada badan kasar. Adalah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w sedang sembahyang, maka terdengarlah oleh orang, bunyi seperti air mendidih dari hati baginda oleh kerana hebat dan gentarnya hati beliau menghadap Allah s.w.t, satu pengalaman yang baginda rasai apabila Allah menunjukkan Keagungan dan KebesaranNya. Kejadian seperti itu juga ada berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s dan Khalifah Umar r.a.
      Pengalaman yang dirasai apabila Allah menzahirkan sifat JamalNya ialah hati si hamba itu akan merasai gembira, tenang, sentosa, selamat dan kata-kata yang kasih mesra dan tanda-tanda yang menggembirakan tentang kurniaan-kurniaan yang besar dan kedudukan yang tinggi dan kehampiran kepadaNya, yang kepadaNya semua perkara-perkara mereka itu akan kembali. Inilah kurniaan dan rahmat Allah kepada mereka dalam dunia. Hati mereka yang cinta kepada Dia itu akan dipuaskan olehNya semoga mereka merasa senang. Allah kasih dan sayang kepada mereka. Nabi pernah berkata kepada Bilal, 'Hiburkan hati kami, wahai Bilal'. Apa yang baginda maksudnya ialah supaya Bilal bang (azan) agar Nabi masuk dalam keadaan sembahyang untuk merasai manifestasi sifat Jamal Allah itu. Kerana itulah Nabi berkata, 'Dan kesejukan mataku telah terasa dalam sembahyang'.

~ SAQAJ (Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani) 

Friday, 24 July 2015

Mana Al Quran Yang Sebenar-benarnya?


 Artikel ini ditulis oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof dan dihebahkan pada 19.11.2012

Al Quran itu, adalah Firman Allah. Firman Allah itu, adalah kalam Allah. Kalam Allah itu, adalah kata-kata Allah. Manakah yang dikatakan kata-kata Allah? Kata-kata Allah itu, tidak berupa huruf dan tidak berupa suara!

Yang kita baca sekarang ini, adalah bersifat huruf dan bersifat suara! Yang kita tatapi di dalam tulisan yang berupa dakwat dan kertas itu, bukan Quran. Itu kertas dan itu berupa dengan rupa dakwat! Apakah kata-kata Allah itu kertas dan apakah kata-kata Allah itu dakwat? Apakah kata-kata Allah itu, berupa angin suara yang keluar dari halkum? Cuba jawab soalan saya.

Apakah Quran (kata-kata) Allah itu, boleh hangus bilamana dibakar, boleh basah bilamana direndam? Apakah kata-kata Allah itu, terzahir hanya melalui kedua bibir mulut sahaja? Apakah alam ini tidak menzahirkan kata-kata Allah? Cukupkah hanya bibir dan cukupkah kertas yang menggambarkan kalam Allah (kata-kata Allah)? Cuba jawab?

Kata-kata Allah itu, kalam Allah, kalam Allah itu Firman dan Firman Allah itulah Al-Quran. Tapi manakah sebenar-benar Al-Quran. Sayapun mahu belajar dengan tuan-tuan, sila tuan-tuan kemukakan pendapat?

Setahu saya yang bodoh lagi dungu ini, kalam Allah itu, tidak berupa suara bibir, tidak berupa tulisan tangan manusia, tidak berupa dakwat cina. Tidak boleh dicetak oleh kilang percetakan (printing). Kata-kata Allah itu, setahu saya tidak ada huruf dan tidak ada suara! Bingung saya dibuatnya. Saya sudahlah bingung, bertambah lagilah dengan bingungnya, bilamana Quran itu ada suara dan ada huruf, boleh dibakar dan boleh dikencing oleh muda mudi sekarang.

Muda mudi kita sekarang ini, sebagaimana yang kita baca melalui surat-surat khabar, di mana muda mudi kita sekarang ini telah mengadakan pesta ditepi pantai untuk memijak-mijak Al-Quran, kencing Al-Quran, siram dengan air arak dan bakar Al-Quran. Apakah begitu hinanya kalam Allah disisi mata masyarakat sekarang?. Apakah tidak boleh Allah jaga kalamnya sendiri? Cuba jawab.

Manakah menghilangnya sebenar-sebenar kalam Allah?, yang suci, yang bersih dan yang mulia? Ayat Al-Quran itu, biarpun ianya berupa kertas dan bertulisan dengan dakwat cina, ianya masih teramat mulia dan dan suci lagi berkat!

Kebesaran Ayat Quraan Yang Berupa Huruf (Tulisan)!
Ada satu cerita yang saya dengar dari ayahnda saya, pada suatu hari, ada seorang anak muda ingin merantau ke negeri orang. pada kebiasaannya orang dahulu, bilamana hendak keluar dari kampung, untuk merantau ke negeri orang, selalunya terlebih dahulu minta doa restu dari orang-orang alim atau orang-orang keramat!

Pergilah anak muda ini mengadap guru seorang yang alim. Sesampainya beliau dihadapan guru orang alim itu, lalu berkatalah ia bahawa kedatangannya ke situ, adalah bertujuan untuk mendapatkan azimat atau lebih dikenali sebagai tangkal.

Orang alim itupun menghulurkanlah kepada anak muda itu, sekeping kertas azimat yang sangat kecil dan nipis. Guru orang alim itu, berpesan kepada anak muda itu, supaya azimat yang diberi itu, jangan sekali-kali dibuka dan jangan sekali-kali dibaca!

Lalu bawalah anak muda itu, akan azimat tadi dengan rasa penuh tanggungjawab dan dengan harapan yang tinggi, boleh menyelamatkan beliau dari segala rintangan musuh.

Sesampainya beliau dikalangan anak-anak muda yang lain sekampung dengannya yang sama-sama pergi merantau, lalu berbual-bualah dikalangan mereka. Salah seorang menceritakan bahawa orang alim itu, beri azimat kepadanya berupa kain selendang yang panjang, bertulisan ayat-ayat Al-Quraan yang dililit di kepala dan ada yang dililit dipinggang dan sebagainya.

Semua azimat kawan-kawannya semuanya besar-benar dan panjang-panjang belaka, yang boleh dibuat lilit kepala dan yang boleh dibuat lilit pada tubuh. Sedangkan azimat yang diterima hanyalah sekeping kertas kecil dan nipis, sebesar lebih kecil dari ibu jari.

Timbullah keraguan dan syak wasangka buruk dalam hatinya. Kenapa orang lain semuanya besar-besar azimatnya sedangkan dia berupa kertas yang kecil. Lalu timbul dalam hatinya untuk membuka kertas tersebut! Pesan guru orang alilm dulu, tidak boleh dibuka atau dibaca akan azimat yang diberinya. Namun rasa tidak puas hati, telah mengatasi rasa bertanggungjawab.

Lalu dibukanya azimat itu. Apa yang dilihatnya, hanyalah sebutir tulisan jawi yang berupa huruf “wau”. Lalu kecewalah hatinya melihat hanya sebutir huruf “wau”. Sedangkan azimat orang lain panjang, berjela-jela. Lalu timbullah rasa tidak puas hati dan kecewa dengan pemberian guru orang alim itu dalam hatinya.

Lalu dicampak atau dilemperkanlah huruf itu. Dengan secara-tiba-tiba kertas yang bertulis dengan tulisan huruf wau itu, terbang bagaikan wau (layang-layang). Itu sebab orang Kelantan sebut layang-layang itu dengan panggilan wau (wau bulan).

Cerita ini, bagi menggambarkan kepada kita, bahawa Al-Quran itu, biarpun berupa sekeping kertas yang bertulisan dari tangan makhluk manusia, namun keberkatan, kebesaran dan kemualiaan Al-Quran itu besar. Apa lagi kiranya kita tahu mana sebenar-benar Al-Quran yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara?

Saya dizaman kanak-kanak, telah dipesan oleh Datuk perempuan saya, supaya bilamana kita jumpa Quran yang koyak, hendaklah kamu telan. Lalu dimana saya jumpa surat Al-Quran yag koyak (yang koyaknya kecil-kecil), saya ambil kertas Quraan itu, lalu saya telan. Banyak kali saya jumpa Quran koyak, maka banyak kali juga saya telan.

Namun sayangnya, saya masih juga buta huruf. Semasa saya darjah enam, saya tidak pandai membaca rumi, apa lagi membaca jawi. Sampai tingkatan satu, baru saya pandai membaca rumi.

Pada suatu hari, lingkungan umur saya darjah lima, Datuk perempuan saya seorang peniaga. Beliau ada kedai kecil dipekan batang merbau. Dari kedai ke rumah, lebih kurang dua batu atau satu kilometer kalau sekarang. Beliau nak naik bas balik ke kampung jelakong, dari pekan batang Merbau. Beliau suruh saya lihat papan tanda dihadapan bas, samaada bas itu menghala ke arah Jeli atau ke arah Gua Ipoh.

Lalulah bas dihadapan kami, sayapun lihatlah tulisan papan tanda dihadapan bas. Apa yang saya nak baca atau apa yang saya nak eja bacaan, sedangkan saya tidak pandai menulis dan tidak pandai membaca! Saya ingat dan saya agak-agak bahawa bas itu, akan menghala ke arah Jeli. Tiba-tiba bas itu membelok kearah Gua Ipoh. Apa lagi, anginlah Datuk saya. Dimarahnya saya dihadapan orang ramai. Saya merasa sangat malu.

Satu lagi cerita, dalam masa darjah lima atau sekarang dipanggil tahun lima, saya suka kepada seorang murid perempuan darjah tiga dikampung Batu gajah (Kg Batu Gajah Kelantan, bukan Batu Gajah Ipoh Perak). Dikeranakan saya tidak pandai menulis, saya suruh ketua darjah yang namanya Azmi bin Hassan, untuk menulis surat bagi pihak saya. Saya sebut, lalu kawan saya itu tulis. Sayapun gunalah apa yang ditulis itu, beri kepada kekasih, buah hati saya diwaktu itu, dengan rasa bangga yang saya itu pandai menulis kononnya.

Dari situlah timbul rasa mahu menulis. Dorongan dari rasa cinta monyet dikala itu, mendorong dan membawa saya mula belajar menulis dan membaca, biarpun secara merangkak.

Dulu sekolah darjah lima ada peperiksaan penilaian darjah lima. Apa lagi masa tiba masa peperiksaan, bilamana saya dapat kertas, sayalah orang yang paling hebat, kerana telah dikurniakan ilmu laduni. Allah anugerahkan saya ilmu laduni yang tidak ramai di antara kelas itu yang mendapat ilmu laduni itu, kecuali saya.

Sesampainya kertas soalan, sayapun guna sepenuhnya ilmu laduni saya, maklumlah ayah sayakan Tok Guru ilmu makrifat yang handal lagi bijak serta alim. Sayapun apa kurangnya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebagai mana bapak, sebegitulah anaknya.

Laduni itu, saya guna sepenuhnya dengan tidak perlu membaca soalan (maklumlah anak Tok Guru makrifat). Saya cuma guna cara laduni iaitu cara meneka mengikut sedap rasa! Rasa sedap A, saya hantam A, rasa sedap C saya hantam C. Nak baca tak pandai, apa yang hendak dibaca, saya tidak pandai membaca, apa lagi, main teka sajalah (hantam sajalah, kata Tan Sri P.Ramli). Orang lain belum siap, saya lah di antara murid yang paling awal siap.

Sesekali malu rasanya saya buka pekong di dada. Tapi cerita saya ini, bukan cerita kosong, yang mencari jenaka, tetapi cerita saya ini, adalah cerita dari kisah benar, bagi menjadi tauladan kepada kita semua. Bahawa Al-Quran itu besar dan hidupnya mukjizat. Al-Quran itu, biarpun cuma sekadar kertas, tetapi mukjizatnya adalah teramat besar!

Sesampainya saya ditingkatan satu, sayalah orang yang tidak lekang dengan buku (ulat buku). Tidak dapat baca buku, pegang bukupun jadilah. Dari tingkatan satu itulah, saya mula mengumpul bahan-bahan pertuturan yang keluar dari mulut ayahnda saya, untuk dijadikan kitab sebagaimana yang tuan-tuan baca sekarang ini.

Cerita yang saya kisahkan di atas, bukanya apa, sekadar bagi menunjukkan setelah menelan beberapa keping Quran Koyak, mungkin kerana itulah makanya saya boleh menulis kitab makrifat yang jarang orang boleh! Ini bagi menggambarkan bahawa Al-Quragan yang koyak, yang berupa kertas dan tulisan dengan dakwat cina itupun ada mukjizatnya, apa lagi kiranya kita bertemu dengan Quran yang tidak berhuruf dan tidak bersuara!

Dalam satu ceramah yang saya adakan, ada orang minta saya cerita kisah hidup saya, tapi saya malu untuk menceritakan kerana banyak kisah buruk berbanding baiknya dan banyak kisah bodoh berbanding cerdiknya! Maklumlah kanak-kanak nakal!

Habislah cerita itu, mari kita berbalik pula kepada ilmu mencari Quran yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. manakah sebenar-benar Al-Quraan? Sila jawab.

Jam 7.16 petang 19hb Nov.

Jam 8.21 tanggal 20hb Nov. Mari kita sambung mencari Quran yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara! Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, kenapa perlu mencari Quraan yang tidak berhuruf? Apa tidak cukup lagikah Quran yang sedia ada? Yang ada baris, ada sebutan, ada ejaan, yang boleh dibaca dan yang boleh didengar melalui telinga?

Saya nak tanya tuan-tuan, kenapa perlu mencari Quran yang tidak berhuruf? Sedang Baginda Nabi Rasulullah Junjungan kita Muhamad sendiri, tidak mampu untuk membacanya, sehingga beliau mengigil! Sedang Baginda sendiri boleh mengigil tubuh anggota jasad bilamana membacanya, apa lagi kita? Apakah tuan-tuan mampu? Sedang Baginda Rasululah sendiri tidak mampu dan tidak sanggup untuk membacanya, apakah tuan-tuan sanggup?

Nasihat saya kepada kalian, tidak perlulah bersusah payah mencari susah! Orang sekarang tidak berani untuk menerima susah! Orang zaman ssekarang , mahunya senang dan mahunya yang mudah sahaja. Untuk itu, baca dan hafallah Quran sedia ada sekarang, yang mudah dibaca dan mudah dieja! Buat apa nak susah-susah cari yang susah dan buat apa payah-payah nak mencari yang payah! Buat apa nak menyusahkan diri, nak buat kerja bodoh!.

Orang dulu kebanyakkannya bodoh, tidak seperti orang sekarang. Orang sekarang ramai yang cerdik pandai. Jadi jangan diikut orang bodoh sebagaimana bodohnya ulamak-ualamak terdahulu!

Sekarang jam menunjukkan pukul 8.33 pagi tangal 20hb Nov, apakah tuan-tuan masih berkesanggupan untuk mencarinya?

Jam 9.43 tanggal 20hb Nov. mari kita sambung sedikit lagi tentang Al-Quran. Sesetengah tempat, Allah menggunakan bahasa Al-FURQAN! Al-Furqan itu, bermaksud “cahaya yang dapat membezakan antara yang haq dengan yang batil”.

Bagi sesiapa yang membaca Al-Quran (Al-Furqan), yang tidak tahu untuk membezakan antara yang haq dengan yag batil, bermakna mereka-mereka itu, bukanlah membaca Al-Quran! Mereka yang membaca Al-Quran itu, adalah mereka-mereka yang tahu dan pandai untuk membezakan mana satu yang haq dan mana satu yang batil!

Yang haq itu, adalah yang kekal dan yang batil itu, adalah sesuatu perkara yang bersifat binasa! Bilamana kita membaca dengan yang haq, bacaan yang batil itu dengan sendirinya akan terbinasa. Bilamana terbinasanya bacaan yang bersifat zahir, maka di situlah hati kita akan ditembusi dengan cahaya haq, yang terang benderang, menerangi dan menyinari hati sanubari.

Cahaya haq itu boleh jatuh ke dalam lubuk hati kita, bilamana cahaya haq itu jatuh ke dalam lubuk hati kita, ianya boleh melenyapkan perkara yang batil, seumpama meleyapkan perkara was-was, syak, zam atau waham terhadap Allah! Di situlah datangnya “lapang”. Lapang dada, lapang hati dan lapang jiwa. Bilamana lapang dan terbuka, disitulah nantinya akan bertapak masuknya cahaya Allah kedalam hati. Kelapangan hati atau kelapangan dada itu, akan datang bilamana tidak ada lagi rasa ragu atau was-was!

Setelah lenyap perkara yang batil, disitulah timbulnya lapang, terbuka, lawas, terang, berseri dan bercahaya alam ini dengan cahaya Allah. Untuk menjatuhkan kelapangan cahaya haq kedalam hati kita itu, hendaklah terlebih dahulu kita tahu untuk “membezakan antara yang haq dengan yang batil” itulah erti atau maksud Al-FURQAN! Dan itulah juga pengertian lapang dada! Bilamana dada sudah menemui lapang, di situlah hati kita terasa sejuk, damai, aman, senang, rasa sejahtera, rasa gembira dan rasa terhibur dengan Firman-firman Al-Furqan atau Al-Quran.

Selagi kita baca Al-Quran, selagi tidak kita tahu untuk membezakan antara yang haq dengan yang palsu, yang batil, yang batal, yang baharu dan yang muhadas, selagi itulah kita bukan membaca Al-Quran atau membaca Al-Furqan tetapi sekadar membuyi dan memperdendangkan suara.

Bilamana kita tahu membezakan yang haq dengan yang batil, itulah Al-Furqan atau Al-Quraan. Persoalannya disini, bagaimana untuk membezakan antara yang batil dengan yang batil?. Bagi sesiapa yang tidak mengenal diri, tidaklah ia dapat untuk membezakan antara yang Qadim dengan yang Muhadas (antara yang kekal dengan yang baharu).

Oleh itu, untuk mengenal sebenar-benar Al-Quraan atau Al-Furqan itu, hendaklah terlebih dahulu belajar mengenal diri! Setelah kita mengenal diri, dengan sendirinya diri kita tidak ada. Setelah diri tidak ada, yang ada itu hanya Allah. Bilamana yang ada itu, hanya Allah, maka siapakah yang bersuara dan siapa yang berbunyi dan siapa yang berkata-kata? Setelah diri tidak ada, apakah lagi ada bunyi, apakah lagi ada bersuara dan apakah lagi ada berhuruf? Berhuruf, bersuara atau berbunyi itu, bilamana adanya diri. Setelah diri tidak ada, dari mana lagi datangnya suara atau, dari mana lagi datangnya huruf dan dari mana lagi datangnya bunyi untuk membunyikan bacaan Al-Quran?

Itulah makanya, ingin saya nyatakan dengan sebenar-benarnya di sini bahawa, barang siapa yang tidak kenal diri, tidaklah ia mengenal Al-Quraan! Melainkan sekadar bacaan bagi mengeluarkan bunyi!

Al-Quran itu, adalah bahasa Allah, iaitu bahasa Allah untuk memperkenalkan sifat diriNya! Al-Quran atau Al-Furqan bukannya bahasa untuk memperkenalkan perkara yang baharu atau perkara muhadas (perkara yan binasa). Al-Quran adalah bahasa Allah untuk memperkenalkan kepada kita yang bahawasanya Dia itu Tuhan dan Dia itu Allah Yang Qadim lagi Esa (satu)! Setiap ayat, setiap baris dan setiap patah huruf itu, adalah bertujuan bagi memperkenalkan bahawasa diriNya itu, adalah Allah! Jadi bagi sesiapa yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, di situlah kita akan kenal apa itu Al-Quran dan apa itu Al-Furqan, yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara!

Sekarang jam menunjukan pukul 10.33 pagi, apa kata saya berhenti seketika, nanti kita sambung lagi, untuk menceritakan manakah yang dikatakan sebenar-benar Al-Quran yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara?

Sumber: http://makrifattokkenali.com/2012/11/19/mana-sebenar-benar-al-quraan/

Khasiat Daun Pandan



1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.

2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari


Sumber: Facebook

Ayat Pembuka Apa Yang Tertutup



Ayat Pembuka Apa-apa yang tertutup seperti;

*) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
*) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
*) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
*) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
*) Hati yang tertutup utk berkahwin.

Surah al Fath
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, [1]
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). [2]
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). [3]
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [4]
(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka). [5]

Sumber: Facebook

Monday, 13 July 2015

Siapa Sebenarnya Yang Bersolat

 Artikel ini ditulis oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof dan dihebahkan pada 19.11.2012

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Semua orang boleh mengerjakan sembahyang lima waktu dengan taat! Sayangnya tidak ramai di kalangan kita yang tahu siapakah sebenarnya yang bersembahyang!

Perlu diingatkan disini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang, hendaklah terlebih dahulu kita pastikan siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang? Kita dikehendaki megetahui

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat)

2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat)

3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat)

Sesudah kita benar-benar tahu tiga perkara diatas, barulah boleh dikatakan yang kita itu benar-benar sembahyang! Barangsiapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya.

Pelayaran melalui bahtera saya ini, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. Gelora fitnah dilautan ilmu makrifat itu, selalunya tidak pernah sepi! Namun barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh sisingkan pergelangan tangan, ayuh mari kita mengembara bersama saya. Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, ingin terlebih dahulu saya mengajukan satu persoalan kepada tuan-tuan.

Siapakah Yang Bersolat Sebelum Kita Solat!

Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang (bersolat)? Sebelum tuan-tuan bersolat, siapakah terlebih dahulu yang bersolat? Bolehkah solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri? Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”? Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan?, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang? Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang. Sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan? Cuba jawab dengan ikhlas?

Bolehkah kaki kita itu berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah? Bolehkan kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah, Bolehkan kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah. Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah?. Siapakah yang sebenarnya bersolat, jika tidak ………………………………….

Apakah kuasa sembahyang itu kita? Apakah yang memulai sembahyang itu kita? Apakah yang rukuk itu kita?. Apakah yang sujud itu kita? Cuba jawab? Mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita? Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak dengan kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?

Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Loh Mahfuz ! Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan kedunia ini, sebenarnya kita telahpun dididirikan oleh Allah untuk bersembahyang! Berdirinya kita untuk bersembahyang itu, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah dirikan! Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah untuk mendirikan sembahyang, semasa didalam kitab Loh Hul Mahfuz! Allah telah terlebih dahulu dirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan. Allah sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi. Berdirinya sembahyang kita itu, adalah diatas berdirinya yang telah didirikan oleh Allah semasa didalam alam “Loh Hul Mahfuz” lagi!

Jika tidak ditetapkab oleh Allah didalam Loh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang! Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, adalah pekerjaan yang telah siap di kerjakan oleh Allah, sedari dialam Loh Hul Mahfuz!. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita, kita hanya ikut garis yang telah Allah tetapkan sedari dulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah Allah tetapkan.

Kita hanya ikut apa yang sudah Allah tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab loh hul mahfuz! Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkannya semula! Kita hanya melakonkannya semula skrip yang telah disiapakan oleh Allah swt.

Kita sebenarnya adalah sifat yang melakukan pekerjaan yang telah orang kerjakan. Kita melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain! Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya? Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu kita?. Cuba jawab.

Kaki milik orang, kuasa untuk kaki untuk berdiri sembahyang milik orang . Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang mengerakkan solat, milik orang . Setelah semua seisi solat itu, milik orang atau orang punya, mana yang dikatakan bersolat itu kita? Cuba jawab?

Sebelum saya teruskan persoalan ini, saya mahu tuan-tuan jawab terlebih dahulu?. Jam sudah menunjukkan pukul 6.13 pagi, tanggal 19hbNov. Saya tinggalkan persoalan ini, untuk dijawab oleh tuan-tuan…

Sambungan bab solat jam 4.10 19hb Nov.

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua? Apakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada? Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah? Bilalmana Allah bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud? Menduakan sifat Allah itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah, dosanya tidak akan diampun Allah.

Kiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang? Cuba jawab? Nak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah. Nak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa? Nak kata ada salah dan nak kata tidak ada pun salah. Nak kata ada, seperti tidak ada dan nak kata tidak ada ,seperti ada? Bagaimanakah sudahnya pegangan kita?. Apakah kita kena beriktikad sepertimana biskut snek (sekejap ada dan sekejap tidak ada)? Cuba jawab? saya pula nak tumpang belajar dengan tuan-tuan. Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada, apakah yang ada itu kita atau yang ada itu Allah atau kedua-dua ada atau sekejap ada kita atau sekejap ada Allah?.

Siapa yang hendak mengerjakan sembahyang, kiranya diri kita sudah tidak ada. Kiranya tidak ada, kemana perginya diri kita? Kiranya kita megaku yang diri kita ada dan Allah juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah! Dimana tempat duduknya iktikad kita? Beriktikad itu, biarlah putus, jangan main sekejap ada sekejap tidak ada?

Baiklah saya ingin bertanya lagi kepada tuan-tuan. Untuk mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan menggunakan anggota kaki. Kiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri! Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sila jawab dengan jujur! Siapakah pemilik kaki kita? Siapakah tuan pemilik sebenar anggota kaki kita? Siapa pemilik sah kaki kita? Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita? Cuba jawab?

Bilamana tertulis didalam geran, tercatat dengan nama nama Ahmad atau bernama Ahad sebagai tuan punya yang sah disisi undang-undang tubuh, apakah tergamak kita hendak mengaku yang kaki itu, milik kita? Apakah kita boleh tukar nama didalam geran asal dengan penama baru dengan sesuka hati?

Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri? Cuba jawab? Tentu tuan-tuan takut nak jawab yang kaki itu, kaki Allah! Mana mungkin Allah ada kaki? Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah, kaki siapakah yang tuan-tuan pakai? sila jawab?

Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, sudah memeningkan kepada kita. Lagu mana kalau saya tanya lagi anggota-anggota lain, lagilah pening. Sebelum betul-betul pening, saya serahkan jawapan kepada tuan-tuan, agar bertambah pening! Saya sendiripun pening untuk menjawab dengan cara yang sebaik mungkin dan dengan cara yang benar-benar fatonah! Lagi sekali pada jam 4.22, 19hb Nov. saya gantung kepada tuan-tuan untuk menjawab.

Sumber:
http://makrifattokkenali.com/2012/11/19/siapa-sebenarnya-yang-bersembahyang/
http://makrifattokkenali.com/2012/11/19/sambungan-siapa-sebenarnya-bersolat-19hb-nov/ 

Sunday, 12 July 2015

Mandi Junub

 Artikel ini ditulis oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof dan dihebahkan pada 18 dan 19.11.2012

Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah. Tanggal 18hb Nov, jam 12.52 malam. Saya ada membaca pertanyaan dari para sahabat kita yang bertanyakan tentang mandi junub setelah didatangi “haid atau Nifas”.

Sebelumnya, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan memahami terlebih dahulu konsep yang mensyaratkan kita mandi junub. Konsep asas yang mewajibkan kita mandi junub itu, adalah dari Hadis yang mengatakan bahawa “Bilamana Sesuatu Yang Terkeluar Dari Rongga” maka berhadaslah kamu (dalam keadaan kotor).

Keluar sesuatu dari rongga yang berupa air kencing atau najis dari dubur itu, dikatakan hadas kecil. Manakala keluarnya sesuatu yang berupa air mani atau darah haid dan nifas dari rongga itu, dikatakan hadas besar.

Dalam keadaan berhadas itu, ertinya dalam keadaan kotor atau dalam keadaan diri yang tak suci! Asasnya dari Hadis “keluar sesuatu dari rongga”, maka berbagai-bagai hukumlah timbul, mengikut fahaman mazhab masing-masing. Mazhab itu begini dan mazhab ini begitu.

Jawapan Kepada Pembaca Yang Bertanya.

Memandangkan keluarnya air mani, darah haid dan nifas itu, terkeluar dari lubang rongga yang sama, maka dihukumkan wajib mandi junub. Tidak adil kiranya air mani sahaja yang kena mandi junub, sedangkan air nifas dan haid juga dari ronggga yang sama itu juga, jadi ditetapkanlah kedua-duanya kena mandi junub.

Sedangkan mengikut suluhan ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan atau mengikut sudut pendapat dari kaca mata ilmu makrifat, bukan air mani, bukan air kencing, bukan haid atau bukan nifas yang menjadi titik persoalan, yang menjadi persoalannya disini, adalah perkara yang disebalik itu!

Sesuatu yang keluar dari rongga belakang diistilahkan sebagai hadas kecil dan sesuatu yang terkeluar dari rongga hadapan dikatakan hadas besar? Hadas itu, ertinya kotor. Lalu inginlah saya bertanya kepada tuan-tuan yang cerdik pandai sekalian. Mana lebih kotor, lebih cemar dan mana yang lebih jijik antara sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga hadapan atau sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga belakang?

Mana lebih besar kotornya antara air mani dengan najis tahi? Bilamana najis tahi itu lebih kotor daripada air mazi (air mani), kenapa pula air mani (air mazi) itu dikatakan hadas besar? Yang teramat kotor dikatakan hadas kecil dan yang teramat bersih dikatakan hadas besar? Kenapa, kenapa dan kenapa?

Ini menggambarkan bahawa maksud sebenar yang tersembunyi disebaliknya itu, bukanlah merujuk kepada mani atau tahi dan bukan juga merujuk kepada haid atau nifas!

Sandaran mandi junub, bilamana terkeluar darah haid atau nifas itu, adalah dikeranakan ianya secara berkebetulan terkeluar dari ruang rongga yang sama! Biarpun dari rongga yang sama, maksud sebenar dari sudut kaca mata ilmu makrifat itu, bukan merujuk kepada terkeluarnya sesuatu, yang berupa cecair atau darah!

Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan kerana terkeluar sesuatu dari rongga. Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan ilmu makrifat itu, adalah kerana sesuatu yang melalai atau sesuatu yang melupakan kita kepada Allah Taala.

Perkara lalai kepada Allah itu, bukan sahaja tertakluk atau terikat semasa terkeluar sesuatu dari rongga sahaja. Yang menjadi kotor dan yang menjadi najis bagi Allah Taala itu, adalah bilamana diri kita itu lupa dan lalai kepada Allah. Tidak kira lupa kita kepada Allah itu, semasa waktu keluar air ke atau tidak keluar air! Sebut sahaja lupa atau lalai kepada Allah, maka hukumnya diri kita itu, adalah berada dalam keadaan kotor dan berjunub! Semasa terkeluar sesuatu atau semasa tidak terkeluar sesuatu. Lebih-lebih lagi lalainya kita itu, bilamana terkeluarnya sesuatu dari rongga semasa bersama suami isteri!

Lalainya kita itu, bilamana terkeluar sesuatu dari rongga semasa bersama isteri! Itulah yang selalu berlaku pada kebanyakkan kita! Membuatkan diri kita itu benar-benar berjunub atau berhadas (diri dalam keadaan kotor). Kotor bagi Allah itu, bukan kerana najis tahi, air mani atau darah hadi atau nifas. Kotor, najis atau berhadas bagi Allah itu, adalah bilamana diri kita dalam keadaan lupa dan lalai kepada Allah Taala!.

Cuba tuan-tuan ambil kira najis yang berada didalam perut atau darah yang berada di dalam daging. Najis darah atau najis tahi yang keluar ataupun yang belum keluar dari dalam jasad. Kedua-dua itu, adalah dari jenis darah atau tahi yang sama! Kenapa pula bagi Allah itu, hanya nampak najis yang terkeluar sahaja, sedangkan najis darah yang belum keluar dari dalam perut itu, apakah Allah tidak nampak? Yang di dalam perut pun najis dan yang keluar dari perut pun adalah juga dari jenis spesis najis yang sama. Kenapa dalam perut tidak diwajibkan junub. Sedangkan najis yang sama dan darah yang sama, bilamana keluar sahaja dari tubuh, dikira najis yang menfardhukan kita supaya mandi junub?

Ini mengambarkan kepada kita bahawa najis atau kotor yang menjijikkan bagi Allah Taala itu, bukannya perkara di dalam perut atau di luar perut, yang menjadi jijik dan kotor bagi Allah itu, adalah seseorang yang berkeadaan “Lupa Dan Lalai Kepada Allah”.

Haid dan nifas menjadi pertimbangan mandi junub itu, adalah kerana sabit ianya berkebetulan terkeluar dari arah lubang rongga yang sama!

Ada seorang sahabat kita dari email “marilahbersolat atau ghazni 69@gmail.com bertanya, bahawa perempuan yang datang haid itu, kotor dan tidak boleh menunaikan solat!

Memang benar darah itu kotor. Usah kata darah haid, darah yang keluar dari kulit pun terbatal air sembahyang! Hukum Allah dan hukum sunnah Rasul itu, tidak boleh kita pinda atau mengadakan sunnah yang baru! Namun saya mahu mengajak tuan-tuan sekalian, supaya jangan tertinggal untuk melihat bukan sahaja pada kulitnya atau pada bunyi syariatnya! Syariat rasul itu, hendaklah ditilik dan dilihat serta hendaklah dipandang pada sudut hakikat disebaliknya!

Walau bagaimanapun ia, ingin saya bertanya kepada tuan-tuan yang cerdik pandai sekalian. Sila jawab dengan jujur. Darah haid yang keluar, telah diklasifikasikan atau telah dianggap sebagai najis atau kotor, sehingga hukumnya kena mandi wajib!

Baiklah jika begitu keadaannya, bagaiamanapun di sini, sukalah saya bertanya kepada sekalian yang ada. Sila jawab dengan jujur! Darah haid yang keluar itu, telah dianggap kotor sehingga mewajibkan mandi junub! Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan darah yang membeku atau darah yang terperangkap di dalam rahim? Darah yang masih belum keluar dan yang masih berada di dalam perut, apakah Allah tidak nampak? Apakad Allah itu hanya nampak pada darah yang keluar sahaja? Cuba jawab pertanyaan saya. Jawab.

Apakah di antara darah yang keluar dan dengan darah yang di dalam rahim itu berbeza? Setahu saya ianya tidak berbeza, baik yang di dalam mahupun yang di luar, ianya adalah juga darah yang sama juga!

Orang yang berpendidikan ilmu syariat, mereka berpenglihatan hanya untuk melihat sesuatu perkara yang zahir atau hanya dapat mentafsir dari sudut luaran sahaja. Kebanyakkannya dari mereka, rata-rata hanya dapat melihat dari sudut feqah dan mereka tidak tahu langsung untuk menghubung kait atau untuk merujuk sesuatu perkara itu, kepada penglihatan melalui sudut ilmu disebaliknya!

Baru-baru ini saya terbaca surat khabar yang negeri America berlaku banjir. Ramailah ustaz-ustaz dikaca telivision yang mengatakan bahawa itu, adalah laknat dari Allah, disebabkan kezaliman America. Berlakunya tsunami di negara Acheh, dikatakan bahawa Aceh negara yang banyak maksiat. Allah nak mensuci maksiat di Acheh.

Di Ahfghanistan, di Azabaijan yang berlaku gempa bumi, kenapa tidak mereka katakan untuk mensuci kemaksiatan? Kebanyakkan ulamak kita sekarang ini, hanya tahu tuduh orang itu salah dan orang ini salah. Sedangkan mereka tidak nampak di dalam rumah tangga mereka sendiri dan di dalam diri mereka masing-masing, lebih zalim dari syaitan. Begitu juga dalam hal hukum hakam, hanya tahu melihat perkara zahir!

Disini, marilah wahai sahabat-sahabat sekalian, saya ingin berseru kepada sekalian mana yang ada melayari laman web saya ini, cukup-cukuplah melihat yang zahir. Mari kita berubah dengan melihat disebaliknya!.

Berbalik kita kepada darah haid yang keluar dari rongga, kiasan Allah itu, “bukan sahaja” merujuk kepada darah, nifas atau air mani. Ia sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang boleh membatalkan ingatan kita kepada Allah! Terutama semasa terkeluarnya sesuatu yang berupa “air mani” semasa bersama suami isteri! Sesuatu itulah yang kebanyakkannya bilamana keluar, akan terlupa dan terlalai kepada Allah.

Saya mahu tuan-tuan tanya kepada isteri tuan-tuan. Apakah semasa keluar darah haid itu. Apakah isteri kita lupa kepada Allah? Dan apakah semasa kita derma darah, di ketika darah kita dipam keluar dari badan itu, apakah kita lupa kepada Allah? Setahu saya, ada kalanya isteri atau mak kita, tidak sedarpun darah (datang bulannya) sampai!

Di sini, sebenarnya Allah nak meyampai pesan atau Allah nak memberi ingatan kepada kita bahawa disebalik cerita atau kiasan haid atau air mani itu, hendaknya jangan sekali-kali kita melupai Allah. Walau diketika mana. Biarpun diketika kita bergaul (bersekedudukkan) bersama isteri!

Tidak ada contoh lain yang lebih tepat untuk Allah, memberi pengajaran kepada kita supaya kita dapat menilik maksud disebaliknya. Perkara yang boleh mendatangkan lalai atau lupanya kita kepada Allah itu, melainkan perkara yang “terkeluarnya sesuatu dari rongga”. Tetapi bukan sahaja merujuk kepada air mani atau darah haid! Kiasan dengan sesuatu yang keluar dari rongga itu, adalah sesuatu yang melalaikan kepada Allah, seumpama kiasan bilamana kita bersama suami isteri.

Setelah kita lalai kepada Allah, hendaklah kita bawa mandi! Perkara mandi itupun juga, adalah satu kiasan. Kiasan kepada perkara mandi itu, adalah merujuk kepada “membersihkan diri“. Membersihkan diri itu pula, bukan bermakna mandi dengan menggunakan air. Bilamana orang lupa kepada Allah, kenalah mandi junub dengan melalui proses kembalikan semula ingatan kepada Allah Taala! Kembalikan ingatan kepada Allah, itulah yang dikatakan air.

Mandi junub itu, bukan sahaja bermaksud mandi dengan mengguna air! Maksud disebalik perkara mandi itu, adalah merujuk kepada membersihkan diri dengan megembalikan semula daya ingatan kita kepada Allah Taala. Mengembalikan semula ingatan kepada Allah Taala.

Maksud air itu pula, adalah merujuk kepada air penyerahan diri kepada Allah! Membersihkan diri daripada lalai dan lupa kepada Allah, itulah maksud mandi junub, iaitu mandi dengan air penyerahan diri dan mengembalikan semula ingat kepada Allah.

Dikeranakan haid dan nifas juga secara kebetulan keluar dari lubang atau rongga yang sama, maka di kias atau diibaratkan juga kepada haid dan nifas! Kita jangan pandang kiasan Allah, kiasan itu sebagai panduan syariatin. Kita hendaklah mellihat disebalik syariatin itu, masih ada mempunyai pengertian hakikotun!. Pengertian hakikotun disebalik keluar sesuatu dari rongga itu, adalah sesuatu yang boleh melalai atau melupakan kita terhadap Allah swt!

Faham apa yang saya perkatakan itu betul-betul. Itulah cara suluhan ilmu hakikat, dalam menentukan hukum! Amin drpd hj shaari dan marilah kita sama-sama cari titik kebenarannya. Saya sekadar pencetus ungkapan, bagi kefahaman bahasa. Yang menilai itu, adalah diri tuan-tuan sendiri?

Saya tidak berilmu, ilmu saya curahkan itu, adalah ilmu tohor, ilmu cetek, ilmu kering, ilmu kosong, ilmu bodoh atau “ilmu kebencian orang feqah“. Untuk itu, berilah tunjuk ajar kepada saya, supaya saya tidak lagi jadi bodoh sebodoh sekarang. Amin.

Sumber:
http://makrifattokkenali.com/2012/11/18/sambungan-mandi-junub-18hb-nov-jam-12-51-mlm/
http://makrifattokkenali.com/2012/11/19/sambungan-mandi-junub-19hb-nov/

Pandang Makhluk Terlihat Makhluk

 Artikel ini ditulis oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof dan dihebahkan pada 17.11.2012

Kebanyakkan dari kalangan kita, malahan jika tidak keterlaluan, boleh dikatakan hampir keseluruhan masyarakat kita sekarang ini, beriktidah, beranggapan, berpandangan atau berpegang kepada istilah "makhluk yang memandang dan makhluk yang melihat".

Bilamana makhluk yang memandang, pastinya yang terlihat itu, adalah juga makhluk! Sifat makhluk itu, hanya akan dapat melihat makhluk. Sifat makhluk, mana mungkin dapat melihat Allah! Allah itu, hanya dapat dilihat melalui Allah sendiri! Hanya Allah yang boleh melihat Allah dan hanya Allah yang dapat melihat Allah!

Sifat makhluk adalah nyata, mana mungkin dapat melihat yang ghaib. Zahir memandang hanya kepada yang zahir manakala hanya batin boleh memandang zahir dan batin.

Kita masih lagi beranggapan bahawa yang melihat itu, adalah mata kita, yang mengangkat berat itu, adalah tangan kita, yang bercakap itu, adalah kata-kata kita dan yang mendengar itu, adalah telinga kita! Bilamana mata diri kita sebagai yang bersifat makhuk melihat itu makhluk, maka yang terlihat dan yang terpandang itu, adalah juga makhluk. Maka jadilah makhluk melihat makhluk! Bilamana makhluk melihat makhluk maka yang terpandang itu, pastinya adalah makhluk!

Seumpama mata memandang pokok, bilamana mata memandang pokok, maka pokoklah yang kita lihat! Mana mungkin melihat pokok terpandang bukit dan mana mungkin memandang bukit, terlihat pokok! Pada hukum akal, apa yang terpandang, itulah yang terlihat dan apa yang terlihat, itulah yang terpandang!

Tahap ini, adalah tahap kita memandang kita atau tahap makhluk memandang makhluk. Tahap ini, adalah tahap makhluk manusia yang belum mengenal diri dan tahap belum sampai kepada penyerahan diri! Tahap di mana makhluk manusia tidak pernah memandang yang bahawasanya kelakuan, pergerakkan atau kelakuan yang kita perbuat itu, adalah milik Allah swt.

Mari pula kita belajar pelajaran bagaimana cara makhluk memandang makhluk, tiba-tiba saja boleh sampai kepada tahap terlihat Allah? Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Pada peringkat pertama pelajaran kita, kita telah belajar ilmu "pandang makhluk terlihat makhluk dan lihat makhluk terpandang makhluk". Namun pada hari ini tanggal 15hb Nor, jam 9.29 malam, mari kita sama-sama melangkah ke peringkat pelajaran yang kedua atau mari kita naikkan lagi sedikit ilmu kita kepada tahap yang lebih tinggi, iaitu tingakatan ilmu "Pandang makhluk terlihat Allah dan lihat makhluk terpandang Allah!".

Sumber: http://makrifattokkenali.com/2012/11/17/cara-cara-melihat-allah/

Berpisahkah Hamba Dengan Allah?

 Artikel ini ditulis pada 12.11.2012 oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof

BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA?
APAKAH NAFI DAN ISBAT ITU, BERCERAI ATAU BERSEKUTU?

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai dikalangan kita tidak tahu apa itu nafi dan tidak tahu apa itu isbat? Barang siapa yang tidak tahu nafi dan isbat, tidaklah ia bersyahadah, melainkan seumpama syahadahnya seekor burung tiong.

Apakah Islam burung tiong itu, bilamana mereka bersyahadah? Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya. Sekiranya jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak, bererti sesiapa di antara kita yang bersyahadahnya tanpa megetahui akan nafi dan isbat, mereka-mereka itu tidak ubah bersyahadahnya seperti seekor burung tiong!

Jika syahadahnya seekor burung tiong itu tidak boleh mengislamkan dirinya, maka sedemikianlah juga syahadah kita yang tidak tahu perkara nafi dan isbat. Barang siapa diantara kita yang tidak tahu nafi dan isbat, ianya belum tentu boleh mengislamkan kita! Kiranya syahadah kita tidak boleh mengislamkan diri kita, apakah agama bagi kita yang seumpama itu? Cuba tuan-tuan jawab pertayaan ini?

Bagi sesiapa yang ingin mendapat barokah guru-guru terdahulu, saya minta kepada semua yang membaca karangan ini, hendaklah sekalian patuh dan ikut saranan saya. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawap segala pertanyaan saya diatas kertas. Samada jawapan itu memihak kepada ia atau tidak, saya mahu tuan-tuan saksikan jawapan tuan-tuan itu, di atas kertas. Sekiranya membaca sekadar hobi, abaikan saja saranan saya!. Sekali lagi saya bertanya, sekiranya syahadah kita yang tidak tahu nafi dan isbat,

1) Apakah bezanya dengan burung tiong?

2) Kiranya tidak berbeza antara syahadah tiong dengan kita, apakah kita itu Islam?.

Nafi dan Isbat itu, seumpama baju dan warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang. Baiklah sekarang jawab lagi soalan saya. Apakah warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang? Bagi lelaki yang kebiasaannya tidak pakai baju bilamana dirumah, saya mahu tanya, apakah warna kain yang tuan-tuan pakai sekarang?

Sekiranya warna baju atau warna kain yang tuan-tuan pakai sekarang itu, contohnya berwarna merah, saya mahu tuan-tuan cuba bayangkan bilamana baju warna merah atau kain warna merah itu, kita gunting atau kita koyak dua! Apakah warna merah pada kain atau warna merah pada baju yang kita koyak itu, boleh bercerai atau berpisah? Soalan: Bolehkan ianya bercerai atau berpisah?

Seandainya kain dan warna kain itu, tidak boleh berpisah, sebegitu juga kita dengan Allah! Kita dengan Allah, tidak boleh berpisah!

Merah itu, adalah baju dan baju itu pula, adalah juga merah! (baju adalah merah dan merah itu adalah baju, jadilah ia baju merah). Tetapi harus diingat!, bahawa merah itu bukan baju dan baju pula bukan merah! Merah itu, adalah warna, manakala baju itu pula, adalah kain, mana mungkin warna dengan kain itu sama? Mustahil baju dengan merah itu sama?

Sekiranya tidak sama, kenapa tidak bercerai dan tidak berpisah? Bilamana dikoyak atau bilamana digunting, antara kain dengan warna, tidakkah kedua-duanya turut tergunting atau turut terkoyak? Bilamana kedua-duanya turut terkoyak atau turut tergunting, apakah boleh ianya dikatakan bersatu dan apakah boleh ianya dikatakan berasing? Cuba jawab?

Barang siapa yang tahu akan jawapan itu, maka fahamlah ia akan makna nafi dan fahamlah ia akan makna isbat dan dengan sendirinya akan fahamlah ia siapa hamba dan siapa itu Allah! Inilah yang dikatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai tidak berpisah tiada!


Setinggi manapun kita, tidak mungkin tingginya kita itu, menjadi Allah dan serendah manapun Allah itu, tidak akan mungkin rendahnya Allah itu, menjadi hamba.

Bilamana kita sebut perkataan hamba Allah, perkataan sifat hamba (kita) itu, tidak sekali-kali memungkinkan kita menjadi Allah. Bilamana kita sebut Allah hamba, ianya juga sekali-kali tidak memungkinkan Allah menjadikan hamba!

Dalam hal ini, warna tidak memungkin menjadi kain dan kain pula tidak memungkinkan menjadi warna. Tidak akan bertukar antara kain dengan warna! Oleh itu, sebutlah serendah manapun Allah, seburuk mana atau sejahat manapun Allah, tidak memungkin Allah itu, bertukar menjadi serendah hamba!

Mari kita sama-sama sebut perkataan hamba Allah. Perkataan hamba Allah yang kita sebut itu, adalah menggambarkan ketinggian Allah. Ketinggian hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan hamba bertukar menjadi Allah.

Mari pula kita sama-sama sebut perkataan Allah hamba. Perkataan Allah hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan atau merubah Allah menjadi hamba!

Sebutlah apa sahaja, Allah itu, tetap tidak boleh dipisahkan! Serendah manapun sesuatu, itulah Allah dan setinggi manapun sesuatu, itulah juga Allah. Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu. Sesungguhnya berpisah itu Allah dan bersatu itu juga, adalah Allah. Nafi dan isbat itu, berpisah tidak bersatu tiada!. Antara hamba dan Allahpun sedemikian juga adanya!.Barang siapa faham apa itu nafi dan faham apa itu isbat, maka fahamlah ia mana diri dan mana khalik! Dan itulah baru benar-benar bersyahadah! Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya antara malam dengan sifat siang!

Persoalannya disini, bagaimana mempelajarinya?

Apakah mahu tuan-tuan dengar? Sila jawab

Dikawasan kelantan tempat saya tinggal ini, kadang kala line internet tidak kuat untuk saya acces dalam webside saya, jadi saya karang dalam word dan akan saya paste kedalam web pada esok. Sekarang jam menunjukkan pukul 5.06 pagi tanggal 12hb Nov.

Sekarang jam sudah hampir pukul 5,07 pagi, saya rasa agak penat seharian memandu dari kuala Lumpur ke kelantan, dan esuknya jam 9 pagi, saya ingin ke Istana Sultan kelantan untuk mencari kesempatan mengadap. Mata rasa megantuk, tapi hati saya rasa mahu mengarang. Saya minta diri untuk melelap kan mata buat sekejap. Terima kasih Allah

Sumber: http://makrifattokkenali.com/2012/11/12/berpisahkah-hamba-dengan-allah-nafi-dan-isbat/

Saturday, 11 July 2015

Pengertian Hari Raya Korban - 2

 Artikel ini ditulis pada 6.11.2012 oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof


Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.

Maksud korban adalah bererti sembelih. Manakala maksud sembelih pula, adalah bererti memutuskan nyawa dari badan (jasad). Memutuskan nyawa dari badan pula, apakah maksudnya? Inilah yang ramai orang tidak faham dan tidak mengerti! Ramai dikalangan kita hanya faham bahawa erti korban itu adalah upacara sembelih lembu, kerbau atau unta. Sedangkan maksud atau pengertian sebenar “Korban” itu, tidak ada kena mengena dengan lembu, kerbau atau unta. Lembu, kerbau atau unta itu, hanya sekadar kiasan atau simbolik.

Korban atau sembelih itu, sebenarnya bertujuan bagi mengajar kita erti penyerahan nyawa. Kita hendaklah berserah diri kepada Allah, bukan sahaja setakat anggota tujuh, malahan berserah diri kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa (roh). Itulah sebenar-benar pengertian atau maksud disebalik perkara korban!

Selama ini, kita terlepas pandang yang bahawasanya roh atau nyawa kita itu, sebenarnya bukan hak kita, bukan harta kita dan bukan milik kita. Nyawa itu sendiri, adalah milik Allah Taala. Nyawa atau roh itu, adalah Raja atau Sultan kepada kita. Biar pun dia selaku Raja atau Sultan, tidak semestinya dia berkuasa. Berkuasanya roh yang memerintah kerajaan diri kita itu, adalah juga milik Allah! Segala milik Allah itu, hendaklah dikembalikan semula kepada Allah Taala.

Sifat adalah anggota kita, asma’ adalah nama kepada anggota kita, afaal adalah perbuatan tubuh kita dan “roh” adalah zat kepada kita. Sebagaimana sifat manis yang ada pada gula. Sifat manis yang ada pada gula itu, adalah zat kepada gula. Sebegitulah sifat roh (nyawa) yang ada pada kita. Sifat roh yang ada pada kita itu, adalah zat kepada jasad.

Zat itu berada pada tahap makhluk bukannya pada tahap Allah. Allah tidak ada zat, Allah itu adalah Allah. Allah tidak bergantung kepada zat. Kiranya Allah bergantung kepada zat, bererti zat itu lebih tinggi dari Allah! Ingat. ingat dan ingatlah bahawa Allah itu, tidak ada zat. Allah itu adalah Allah yang berdiri dengan sendirinya! Allah bukan berdiri pada zat, tetapi Allah berdiri dengan sendiri (kiamuhu Binafsih).

Zat bagi tubuh dan zat bagi kita itu, adalah roh. Kita mengaku mengenal diri dan mengaku berserah diri kepada Allah, tetapi tidak ramai yang tahu menyerah roh kepada Allah Taala. Setelah kita berserah roh kepada Allah, itulah baru sebenar-benar berserah diri.

Barang siapa yang mengenal roh, bermakna mengenallah ia akan dirinya. Manakala barang siapa yang mengenal diri, maka akan mengenallah ia kepada Allah Taala. Barang siapa mengenal roh, hancur binasalah jasad dan barang siapa mengenal Allah hancur binasalah roh. Setelah hancurnya roh, barulah dikatakan mengenal Allah dan berserah diri kepada Allah Taala. Sempurna atau khatamnya maksud berserah diri itu, setelah menyerah roh (nyawa) kepada Allah Taala. Itulah pengertian korban yang sebenar.

Dalam upacara korban, Allah tidak pandang kepada nyawa lembu, darah lembu atau daging lembu. Yang Allah nak nyatakan di situ adalah simbolik atau kiasan lembu kerbau itu, hendaklah kita bawa kepada diri kita sendiri. Yang Allah pandang itu, adalah nyawa kita, daging kita dan darah kita!

Bukan besar ertinya bila daging korban itu dapat kita agih-agihkan kepada orang. Sedangkan orang yang kita agih-agihkan daging korban itu, adalah orang yang boleh beli lebih banyak daging lembu, berbanding pemberian dari daging korban! Malahan ada orang yang dapat daging korban itu, mereka sendiripun bekorban sehingga tujuh lapan ekor lembu. Apakah mereka terpandang agihan korban kita yang seberat setengah kilogram?

Kita dakwa yang daging itu tanda ikhlas kita, apakah hari lain kita tidak ikhlas? Apakah hari lain tidak boleh kita agihkan daging lembu?. Apakah tanda simpati kepada fakir miskin itu, hanya pada hari raya sahaja., Apakah hari-hari lain tidak lagi perlu kepada simpati?. Cuba jawab?………………………………..

Sumber: http://makrifattokkenali.com/2012/11/06/sambungan-bab-hari-raya-korban/

Pengertian Hari Raya Korban - 1

 Artikel ini ditulis pada 31.10.2012 oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof

Aidiladha baru seminggu meninggalkan kita, peristiwa penyembelihan, masih tergambar diruangan mata dan lidah juga masih lagi terasa manis dan lazatnya daging korban. Namun sayangnya ramai dikalangan kita yang tidak tahu maksud atau pengertian sebenar disebalik peristiwa korban!

UPACARA KORBAN SUDAH BERLAKU SEMASA ZAMAN SEBELUM ISLAM LAGI!
Upacara korban ini, bukan sahaja di zaman kita, semasa zaman Tok Adam pun sudah ada istilah korban. Usah kata kita orang Islam, zaman sebelum Islam, iaitu zaman Firaun lagi, korban ini sudah ada! Tinggal lagi cara atau kaedah sahaja yang berlainan! Kalau dulu orang bekorban dengan menjadikan nyawa atau tubuh badan atau jasad manusia sebagai pertaruhan korban. Adapun sekarang ini dipertaruhkan kerbau, lembu, kambing atau unta untuk dijadikan berkorban.

DARI MANA PUNCA BERLAKUNYA HARI RAYA KORBAN?
Untuk memahami pengertian korban, hendaklah kita hayati terlebih dahulu cerita Nabi Allah Ibrahin dengan anaknya Ismail.

Karangan ini, adalah sedutan dari jawapan saya kepada penulis blog “Sa 050285 (yang bernama Tuan Hamzah Abdullah).

Kalau tak salah saya, blog sa 050285 itu, adalah blog milik sahabat saya, seorang guru dari Sungai Buloh yang selalu saya gelarkan beliau dengan nama Tok Kenali. Maafkan saya kiranya saya tersalah orang.

Upacara korban itu, bagi mengajar kita bahawa, yang dikorban itu, hendaklah dari yang bernyawa, bukan dari yang mati! Ini mengambarkan atau mengkhabarkan kpd kita bahawa kiasan korban itu, mengajar kita supaya terlihat nyawa, terpandang nyawa dan tertilik kepada perkara nyawa. Korban itu mengajar kita supaya mengambil iktibar atas perkara nyawa!

Hari raya aidilfitri mengajar kita korban atau “menyerah” tujuh anggota. Fitri ertinya fitrah. Manakala erti fitrah itu pula adalah bermaksud semulajadi, maka hari raya fitri itu, menyedarkan kita supaya kita mengembalikan diri ( tujuh anggota) kepada kpd Allah iaitu balik semula diri kita itu kepada yang asal atau kepada fitrah semulajadi.

Hari raya korban pula mengajar kita supaya berkorban atau mengajar supaya kita “menyerah diri sampai kepada tahap nyawa”. Setelah penyerahan kita itu sudah sampai kpd tahap nyawa, bererti itulah sebenar-benar pengertian korban! Korban itu, megembalikan segala sifat yanng tujuh termasuk “nyawa” kepada Allah. Sehingga sampai kepada tahap tidak adalah apa-apa lagi yg hendak dikembalilkan kepada Allah Taala. Nyawalah tempat kembali yang penghabisan penyerahan, barulah kita itu dikatakan suci zahir dan batin, suci dari di dunia sampai akhirat dan itulah yang disabit atau dikaitkan dengan hari raya haji atau hari raya korban. Korban dan haji tidak boleh bercerai kerana bilamana korban (menyerah) barulah dikatakan haji (suci). Suci bilamana menyerah diri sehingga sampai kepada tahap nyawa (korban). Itulah baru betul-betul yang dikatakan suci dari sekalian dakwaan dan itulah haji yang sebenar-benar haji yang sebenar mabrur. Suci atau haji sampai kpd tidak ada apa lagi yang hendak dikembalikan kepada Allah dan tidak ada apa lagi yang hendak diserah kepada Allah Taala. Itulah maksud atau pengertian hari raya haji atau hari raya korban!! Syabas kerana masih melihat blog saya, walaupun larut malam! Drp Hj. Shaari.

Karangan ini, saya sedutan dari jawapan saya kepada faridinfinity (infinityrich 3699 @gmail.com)

Hari raya adil fitri ertinya megembalikan fitrah (sifat semulajadi) atau (sifat asal) kepada Allah Taala. Sifat semulajadi kita itu, adalah sifat tujuh anggota. Iaitu megembalikan tujuh anggota kita kepada fitrah asal. Fitrah asal atau sifat semulajadi kita adalah Allah, maka kembalikan sifat tujuh itu kepada tuan yang asal, tuan punya yang asli dan balik kita kepada semulajadi kita, iaitu Allah. Itulah hari raya fitri atau hari raya fitrah atau hari raya semula jadi! Jadi hendaklah megembalikan sifat semulajadi kpd tuannya yang asli, iaitu Allah Taala.

Manakala hari raya korban pula adalah mengembalikan bukan sahaja tujuh anggota, tetapi hendaklah mengembalilkan sampai kepada tahap nyawa (roh) kepada Allah. Itu sebabnya kita korban binatang yang bernyawa dan tidak yang mati. Sebabnya adalah kerana binatang yang mati tiada nyawa. Kiasan korban binatang yang bernyawa itu, adalah simbolik kepada penyerahan sampai kpd tahap nyawa.

Apa salahnya jika kita beli sahaja daging lembu dari pasar raya dan beli kaki lembu biar sampai 10 batang. Lagi banyak kaki dan lagi banyak daging, semampu yang kita mampu, tetapi kenapa tidak dibolehkan beli dari pasar raya?. Sebabnya adalah kerana lembu dipasar raya itu, tidak ada nyawa! Korban itu hendaklah berdasarkan kepada yang bernyawa, di situ mengambar dan mengkhabarkan kepada kita bahawa korban itu, adalah simbolik kepada penyerahan sampai kepada tahap nyawa.

Begitu juga Nabi Ibrahim dan Ismail, peristiwa korban atau sembelihnya Nabi Ismail itu, adalah bagi memberi tahu kepada kita bahawa berkorban atau berserah diri kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa! Ertinya disini bahawa kita hendaklah menyerah diri sampai kepada tahap nyawa. nanti saya sambung bab hari raya korban dalam bab korban. rujuklah disana kiranya mahu penerangan lanjut.
Terima kasih tuan yang mengajukan persoalan ini.Amin dr Hj Shaari

Sumber: http://makrifattokkenali.com/2012/10/31/maksud-atau-pegertian-korban/

Zuk (Khusyuk)

 Artikel ini ditulis pada 31.10.2012 oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof

Jam 3.20 pagi tanggal 31hb Okt. saya terjaga dari tidur dan mula membuka laman web sahabat-sahabat dan salah seorag dari sahabat kita, masih tidak faham apa ertinya zuk!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Tugas dan tanggungjawab saya, adalah menyampai dan menerangkan ilmu dengan sebaik mungkin. Kiranya masih ada lagi yang tidak faham, saya mohon maaf sebanyak-banyaknya! Bukan kuasa saya untuk memberi tuan-tuan faham, sesungguhnya yang memberi fahan itu, adalah Allah s.w.t. Maaf kan saya!.

YANG MEMBERI FAHAM ITU ALLAH
Sungguhpun ada segelintir yang tidak faham, kenapa masih terdapat ramai yang faham! Ini menunjukkan bahawa benarlah sebagaimana sabda bahawa “ilmu faham itu milik Allah”, bukan milik pembaca dan bukan milik saya. Seumpama kita belajar dalam satu kelas, pelajaran yang kita belajar adalah sama, subjek sama, buku sama, kelas sama dan cikgupun sama. Kenapa tuan dapat nombor satu dan saya dapat nombor 13? Sedangkan semuanya dari sumber yang sama? Inilah bagi mengambarkan kepada kita semua bahawa yang memberi faham itu adalah Allah! Oleh itu bilamana terjumpa fakta yang tidak kita faham, jangan cepat melatah dan jangan cepat menuduh sesat atau salah. Jangan sekali-kali cepat menuduh orang salah dan orang ini sesat, cuba dulu cermin dan tilik diri sendiri dulu! Ulang baca, cuba lagi dan cuba lagi membaca, mudah-mudahan dengan berulang kali, insya-allah kita beroleh faham.

MAAFKAN DAN IZINKAN SAYA MEMPERDENGARKAN ILMU BODOH!
Kiranya tidak faham juga, benarlah saya ini seorang cikgu yang bodoh. Jika tidak faham juga, saya dengan rasa rendah diri, mengaku yang diri saya ini seorang yang bodoh! Tok Kenali juga bodoh dan ayahnda saya juga terlagi bodoh. Sebab seseorang muridnya bodoh, adalah kerana gurunya terlagi bodoh. Jika sekiranya cikgunya cerdik dan cikgunya pandai, sudah tentu muridnya juga turut pandai dan faham! Sekiranya murid tidak faham, benarlah yang bodoh itu saya! Maafkan saya sekiranya saya seorang cikgu yang bodoh. Cikgu yang bodoh itu, sememanngnya juga mengajar ilmu bodoh! Untuk itu, jadikanlah ilmu yang saya curahkan ini, sekadar satu ilmu yang penglipur lara atau ilmu mitos yang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dipegangi!

ILMU HAKIAT ATAU ILMU MAKRIAFT ITU, ADALAH ILMU “DENGAR!”
Makanya permulaan ceramah Tok Kenali, beliau “tidak benar” sama sekali anak muridnya megambil faham akan ilmu yang diajar. Beliau tidak benar anak muridnya megambil faham! Tugas seorang guru itu, hanyalah sekadar mengajar atau hanyalah sekadar menyampaikannya sahaja. Sedangkan yang memberi faham itu, bukan kuasa guru atau bukan kuasa cikgu. Tugas seorang cikgu itu, adalah mengajar dan sesungguhnya yang memberi faham itu, adalah Allah. Allahlah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehandaki Nya!

Sebagaimana Tuan Guru Tok Kenali, sebegitu juga saya, saya tidak benar sekali-kali tuan-tuan dan puan-puan serta para pembaca risalah ini, megambil faham atas ucapan atau tulisan saya! Saya hanya mahu tuan-tuan dan puan-puan megambil ilmu ini, sebagai bahan bacaan (sekadar baca). Jangan sekali-kali ilmu yang saya curahkan ini, dibuat atau dijadikan pegangan, pengajaran atau ikutan!

Cukup sekadar baca dan lupakan apa yang dibaca dan sekadar dengar, selepas daripada tuan-tuan dengar, saya minta tuan-tuan dan puan-puan lupakan segala apa yang didengar! Saya bukan berhajat dan saya bukan berniat untuk mengajar, saya sekadar suruh baca dan suruh dengar!

SAYA MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA SAYA SEORANG CIKGU YANG BODOH
Saya bukan guru dan saya bukan ulamak, saya sekadar seorang insan yang lemah akal, yang bodoh fikiran serta cetek ilmu. Sepatutnyalah tuan-tuan ramai yang tidak faham akan tulisan saya. Sekiranya tuan-tuan tidak faham dengan tulisan saya, saya minta maaf kerana sudah selayaknya ilmu yang lemah itu, dari seorang cikgu yang bodoh!

Sebelum saya sambung bab zuk, seperkara lagi hendak saya sampaikan disini bahawa ilmu yang saya sampaikan ini, adalah sekadar ilmu dongeng atau ilmu mitos. Ilmu yang saya sampaikan selama ini, adalah ilmu mitos, ilmu dongeng, ilmu penglipur lara sahaja. Ilmu yang sekadar untuk dijadikan halwa telinga atau lebih tepat lagi, iaitu ilmu perbualan dikedai-kedai kopi (omong kosong), tidak perlu dituruti. Ilmu saya ini, adalah sekadar ilmu untuk pembuka minda atau ilmu pembuka titik perbahasan. Maka bahaslah apa yang tuan-tuan nak bahas! Asal saja jangan cuba-cuba mengkritik atau menyalahi ilmu orang lain.

JANGAN ASYIK TUDUH MENUDUH ATAU ASYIK BERTENGKAR SESAMA SENDIRI
Jangan sekali-kali antara kita ini, asyik bergaduh dan asyik bertengkaran sesama sendiri, ingat pesan saya, kita ini diibaratkan seumpama duduk dalam satu rumah. Terpulanglah kepada tuan-tuan sama ada tuan-tuan nak duduk atas kerusi ke, nak duduk atas lantai ke, nak duduk atas bangku ke, nak duduk atas sofa ke!, itu hak tuan-tuan. Nak tidur dalam bilik ke, nak tidur diruangan tamu ke, nak tidur didalam stor ke, di dapur ke, diberanda ke?, terpulang kepada tuan-tuan. Jangan bilamana kita duduk atas sofa, kita pula nak marah kepada orang yang duduk atas lantai! Kita tidur dalam bilik tidur, tiba-tiba kita nak marah kepada orang yang tidur diruang tamu!. Terpulanglah kepada individu nak letak dirinya dimana, asal saja itu rumah kita!.

TOK KENALI, MENGAJAR ILMU “RASA”
Ilmu yang saya ajar, Mohd Yusof Cik Wook ajar dan Tok Kenali ajar itu, adalah ilmu jiwa, ilmu hati, ilmu rohani dan “ilmu rasa”. Penggunaan bahasa juga, adalah dengan menggunakan bahasa jiwa, bahasa hati, bahasa rohani dan bahasa rasa! Bahasa-bahasa seperti ini, sudah sememangnya tidak akan dapat dimengerti atau difahami, bilamana dibaca dan didengar dengan akal! Ilmu ini adalah ilmu rasa! Bahasanya juga adalah bahasa rasa! Bahasa rohani tidak sama dengan bahasa akal! Bilamana dibaca dan didengar dengan akal, itulah yang menyebabkan atau yang membuatkan tuan-tuan tidak faham!

PUNCA PERCANGGAHAN ILMU HAKIKAT DENGAN GOLONGAN BERILMU FEQAH (SYARIAT)!
Inilah yang menjadi perdebatan, perbalahan, pertelingkahan atau yang menjadi percangahan antara orang hakikat dengan golongan orang syariaat (feqah). Orang feqah atau orang syariaat, mereka berilmu dalam bidang akal! Adapun golongan orang-orang hakikat, berilmu dalam bidang rasa! Mana nak sama, orang berilmu akal dengan orang yang berilmu rasa! Itulah makanya selalu berlaku pertelagahan antara feqah dengan hakikat (rasa), dari awal mula beragama sampailah sekarang dan akan berlanjutan sampai kehari kiamat! Inilah yang ahli feqah tidak boleh terima ilmu hakikat atau ilmu makrifat, sebabnya adalah kerana mereka tak mengaji ilmu ini. Bilamana tak mengaji ilmu rasa (hakikat), itulah yang menyebabkan mereka hukum salah atau hukum sesat ilmu hakikat! Mereka hukumkan ilmu hakikat itu sesat, kerana mereka sendiri tidak pernah mengaji dan tidak pernah belajar ilmu hakikat, itu sebabnya mereka hukumkan ilmu ini salah. Cuba pergi belajar dan cuba ambil tahu sampai kepada tahap mengenal diri (lebur diri), barulah mereka tahu yang inilah sebenar-benar penamat segala ilmu.

Untuk itu, kita tidak boleh dan jangan sekali-kali mempersalahkan golongan feqah atau golongan syariat, bilamana mereka menuduh ilmu ini sesat atau salah, kerana kita tahu yang mereka itu, menjatuhkan hukuman di atas dasar “mereka tidak tahu!”. Untuk itu, saya nasihatkan kepada mereka-mereka yang diluar sana, sekiranya kita tidak tahu, jangan sekali-kali cepat melatah!

BAGAIMANA CARA MENUNTUT DENGAN ILMU RASA?
Bagaimana caranya untuk membaca, untuk belajar dan untuk mendengar dengan ilmu rasa? Untuk dibaca dan untuk didengar dengan ilmu rasa itu, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu membuang sifat akal, buang sifat fikiran, buang sifat usaha dan buang sifat ikhtiar! Nak lebih tepat lagi, buang sifat keberadaan diri. Orang yang buang diri itu, adalah orang yang telah menjadikan dirinya lemah akal, dirinya bodoh, dirinya dunggu, dirinya tidak berakal, dirinya tidak berilmu dan dirinya tidak menyalahi orang lain, yang salah itu, adalah datangnya dari sifat kebodohan diri sendiri! Fanakan diri, matikan diri dan binasakan diri. Jangan sampai terlihat lagi adanya sifat aku! Itulah cara-cara bagi sesipa yang berhajat untuk belajar dengan rasa!

Jadikan diri kita itu lemah. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu lemah akalnya untuk bermakrifat, lemah akal untuk berilmu! Yang gagah itu Allah, yang berilmu itu Allah, dan yang memberi faham juga itu Allah, bukan kita! Sekiranya sudah tetap tuan-tuan meletakkan diri tuan-tuan itu ditempat yang lemah, ayoh mari kita sambung semula perbincangan kita tentang ilmu zuk! Ayoh mari kita perdebatkan ilmu ini dengan rasa “lemah akal“! dan denga rasa ketidak beradaan diri!. Ayoh!……………………………………………………

Sambung ilmu tentang zuk!. (sekadar ilmu dongeng, mitos atau ilmu omong kosong).

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Persoalan zuk atau khusyuk itu, hendaklah berlaku jangan seketika sembahyang lima waktu sahaja! Zuk dan khusyuk kepada Allah Taala itu, hendaklah berlaku semasa sebelum masa sembahyang, dalam masa sembahyang dan sesudah masa sembahyang! Berlebih-lebih lagi dalam masa sewaktu bersolat!

Zuk, khusyuk dan tawadhuk itu, boleh berlaku setelah kita betul-betul menghayati akan diri kita sendiri! Kiranya tuan-tuan berhajat untuk sampai kepada tahap zuk, khusyuk dan tawadhuk, saya mahu tuan-tuan jawab dulu persoalan berikut;

1) Siapakah yang membuatkan sehinggakan membolehkan tuan-tuan berdiri? (Siapa yang mendirikan kaki tuan-tuan, semasa tuan-tuan sembahyang)?.

2) Siapakah yang membuatkan sehingga tuan-tuan boleh bertakbir, membaca surah-surah Al-Quraan, ruku, sujud dan sebagainya?

3) Siapakah yang membolehkan tuan-tuan berniat?

MANAKAH YANG DIKATAKAN HAK DIRI KITA?
Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Kiranya tuan ingin beroleh kefahaman dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut atau patuh kepada perintah guru atau perintah cikgu. Sekarang saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri. Berhenti membaca sekarang. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawab pertanyaan diatas!.

Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang? Apakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudarat atau iradat tuan-tuan sendiri? Cuba jawab?…………………….

Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah diatas dasar kuasa Allah! Tidakkah kuasa Allah yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang? Kiranya yang mendirikan kaki itu adalah Allah, mana yang dikatakan kaki kita yang berdiri dan mana yang dikatakan kaki tuan-tuan yang berdiri? Sila jawab, siapa yang berdiri? Apa masih ada lagi kaki kita? Apa masih ada lagi daya upaya, kudrat atau iradat kita? Cuba jawab!.

YANG BERDIRI SENDIRI ITU, SIFAT ALLAH!.
Bolehkan kita berdiri sendiri? Setahu saya, yang bersifat berdiri sendiri itu, adalah Allah. Sifat “kiamuhu Binafsih” (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu! Untuk itu, cuba jawab pertanyaan saya, siapakah yang mendirikan kaki kita? Bolehkah kita berdiri sendiri, jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?

Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Allah, mana bahagian kita, ke mana perginya hak kita dan ke mana perginya kepunyaan kita? Mana yang dikatakan diri kita, jika segalanya milik Allah? Mana kita, cuba jawab? Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita? Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita? Cuba jawab?.

TANAH DAN RUMAH ORANG PUNYA, BOLEHKAH KITA MENGAKU KITA PUNYA?
Bilamana orang lain yang mendirikan rumah (buat rumah), bolehkan kita mengaku kita yang mendirikan rumah dan bolehkah kita mengaku, kita yang buat rumah? Orang lain yang berbuat, apakah boleh kita mengaku kita yang berbuat? Cuba jawab pertanyaan saya! Kiranya benar tuan-tuan ingin belajar dan ingin beroleh faham akan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sila jawab pertanyaan saya!

Tidakkah tuan-tuan malu mengaku hak orang lain sebagai hak kita? Orang lain buat rumah, sanggupkah tuan-tuan mengaku tuan-tuan yang berbuat? Bilamana orang lain yang berbuat, marilah kita akur perkara ini dengan sebenar-benar pengakuan yang bahawasanya, milik oranglah bermulanya bangunan sembahyang. Setelah bermula dengan milik orang, hendaklah mengaku milik oranglah sesudah dan selamanya!

SEBELUM, SEMASA, SESUDAH DAN SELAMANYA ITU ADALAH ALLAH!
Bilamana sebelum, semasa dan sesudah, segalanya milik orang, manakah yang dikatakan milik kita? Setelah tidak adanya milik kita, itulah yang dikatakan zuk, itulah yang dikatakan khusyuk dan itulah yang dikatakan tawadhuk! Setelah zuk, khusyuk dan tawadhuk, itulah makanya tidak lagi terasa oleh kita akan selain Allah! Melainkan Allahlah Allah dan Allahlah seAllah-Allahnya……………………………………..

PERTELINGKAHAN ORANG FEQAH DENGAN ILMU HAKIKAT YANG TIDAK KUNJUNG TAMAT!
Setelah saya menyatakan keadaan seumpama itu, pasti ada yang mengatakan yang pendapat saya itu pendapat “hulul”, “wahdatul wujud”, Ilmu Syek Siti jenar dan berbagai-bagai tuduhan dan sehingga ada yang menuduh mengaku Allah! Tuduhan-tuduhan seumpama itu, sudah sedia wujud sedari zaman Al-Halaj lagi. Tidak hairanlah kiranya masih ada orang zaman ini yang seumpama itu!

Perjalanan ulamak-ulamak tasauf atau ulamak-ulamak makrifat itu, seumpama berjalan di atas hujug sebilah pedang! Sentiasa terancam oleh ancaman-ancaman orang-orang yang berpendidikan feqah! Di Universiti Al-Azhar atau Universiti Islam Antarabangsa, tidak ada pelajar ilmu hakikat dan tidak ada sukatan pelajaran ilmu makrifat. Sudah tentu sekali, orang yang berpelajaran feqah, tidak setuju dengan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sebagaimana yang saya perkatakan! Lalu dengan kejahilan bidang ilmu hakikat atau makrifat, lalu mereka menuduh sesat dan salah! Sedangkan yang menuduh salah atau sesat itu, adalah golongan yang tidak pernah menduduki tempat sebagaimana kita duduki!

Zuk itu, setelah kita mengaku bahawasanya tidaklah berdiri dan tidaklah yang mendirikan kaki kita semasa bersolat, melainkan yang berdiri dan yang mendirikan kaki kita itu, adalah daripada daya, upaya, kudrat dan iradat Allah swt. Setelah segala-galanya dari Allah, mana yang dikatakan diri kita dan mana yang dikatakan kita?. Mana, mana dan mana kita?, cuba jawab………………… mana kita………………………….mana kita?. Cuba jawab!

Jika sekiranya masih lagi ada diri , itulah tandanya dunggunya ilmu makhluk manusia! Itulah tanda tuan-tuan masih tidak mengenal diri. Bilamana tidak mengenal diri, itulah penyebab yang membuatkan tuan-tuan tidak faham dengan apa yang saya perkatakan! Disebabkan ketidak fahaman itulah makanya timbulnya bahawa ilmu makrifat itu, ramai yang menuduh sesat atau salah!

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.51, saya minta untuk menangguh dulu karangan atau perbincangan ini. Selepas subuh, saya ingin berjogging dan kita sambung lagi bila diberi kesempatan oleh Allah swt!. amin Daripada Hj Shaari

Saya ingin ajukan sekali lagi pertanyaan kepada tuan-tuan. Saya minta jawab dengan jujur?

Apakah ada apa-apa perjanjian antara kita dengan Allah, yang mengatakan bahawa kita hendak meminjam pakai pakaian Allah? Seumpama pakaian melihat Allah, apakah kita ada buat perjanjian dengan Allah untuk meminjam pakai penglihatan Allah? Apakah Allah benarkan kita pakai penglihatan Nya? Bila masakah kita ada buat perjanjian untuk menerima pemberian Allah dan bila masanya Allah berjanji untuk memberi pinjam barang Dia kepada kita? Adakah perjanjian antara kita dengan Allah untuk memberi pinjam dan kita pula ada berjanji untuk menerima pemberian? Adakah perjanjian memberi dan menerima pinjaman? cuba jawab?

Adakah perjanjian yang Allah beri pinjam kepada kita dan adakah perjanjian kita terima pinjaman Allah? Kalau ada bila masanya? Cuba jawab? Bolehkah kita guna pakaian, peralatan atau kegunaan Allah?

Ada orang berkata yang diri dan kuasa kita ini, diberi pinjam oleh Allah kepada kita! Bilamasanya Allah kata Dia beri pinjam kepada kita hak Dia? Apakah hak Allah itu, boleh dipinjam-pinjam? Bilakah masanya Allah memberi dan bila pula masanya kita menerima?

Cuba tuan-tuan perhatikan sifat garam atau sifat gula. Apakah masin telah meminjamkan sifat masinnya kepada garam dan apakah garam telah menerima sifat garam daripada masin? Cuba jawab soalan saya dengan jujur dan dengan berlapang dada!

Tujuan saya mengarang perkara ini, adalah semata-mata bertujuan supaya tuan-tuan tahu erti zuk yang sebenar-benar! Bilamana tun-tuan tahu untuk menfanakan yang lain selain Allah, itulah erti zuk dan bilamana tuan-tuan tahu untuk memandang yang satu dari yang satu, itulah erti zuk. Zuk itu, setelah tidak lagi memandang garam, melainkan memandang kita itu, hanya pada sifat masin.

Sambungan Zuk Bahagian (Ketiga)

Sumber : http://makrifattokkenali.com/2012/10/30/sambungan-zuk-bahagian-ke-dua/

Bagaimana Mencapai Khusyuk Dalam Sembahyang

 Artikel ini ditulis pada 30.10.2012 oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof

Tanggal 30hb. Okt, jam lebih kurang pukul 8.11 pagi, tergerak hati saya untuk menjawab pertanyaan daripada talian talipon 014 844 4402, sahabat yang namanya tidak dijelaskan. Beliau bertanya tentang
1) bagaimana caranya untuk mendatangkan khusyuk dalam sembahyang dan
2) bagaimanakah maksud yang dikatakan yang menyembah itu, adalah juga yang disembah?

Sebelum saya menjawab, saya minta para pembaca blog, cuba menjawabnya terlebih dahulu. Untuk saya selami, sedalam mana ketidak fahaman tuan-tuan dan untuk saya ambil pengukuran (kayu ukur), sedalam mana kefahaman pembaca.

Dari ruangan komen:

Zaker Zain
Salam pd Guru Hj Shaari & sahabat-sahabat sekalian. Inilah apa yang hamba ketahui sedikit sebanyak berkaitan perkara diatas. Kalau tidak menepati maafkan hamba dan bimbinglah hamba.

Adapun erti sembahyang yang sebenar-benar yang menyembah itu ialah Hamba. Yang disembah itu Tuhan. Yang menyembah itu Fana’, Yang disembah itu Baqa’. Yang Hamba itu pulang kepada Ad’domnya*1. Maka kekallah Tuhan semata-mata pada Syuhud*2 kita.
Yang menyembah pun Ia, yang disembah pun Ia, Yang memuji pun Ia, Yang dipuji pun Ia. Kerana Allah Ta’ala memuji dirinya melalui atas lidah-lidah hamba-hambanya itu. Maka ialah Tuhannya.
Maka yang hamba itu tentulah Fana’ sehabis-habisnya. Sabit ditilik sekelian dirinya habis terpulang kepada Allah Ta’ala sekeliannya. Kudrat Iradat sekelian itu daripada Allah Ta’ala semata-mata. Maka tentulah Fana’ dirinya. Maka hanyalah Zat Allah semata-mata yang nyata kekalnya hingga kepada Salam. Inilah yang kita Syuhud. Inilah yang sebenar-benar sembahyang. Wallahua’lam.

makrifattokkenali
Jam 3.57 pagi tanggal 30hb Okt, saya terbaca catatan tuan. Terima kasih duhai tuan hamba. jawapan tuan hamba itu, adalah jawapan orang yang bersembahyang dalam keadaan zuk (zuhud alam dunia). Inilah kefahaman yang saya cari-cari selama ini, yang tidak ramai memilikinya. Selama ini ramai yang beranggapan bahawa mereka yang mengerjakan sembahyang!.Bilaman mereka beranggapan bahawa merekalah yang bersembahyang, itulah sebabnya tidak ada zuk. Cuma semua para pembaca blog ini, mari kita sama-sama manikmati sembahyang yang sebenar-benar sembahyang!.

Sebenar-benar sembahyang zuk itu, adalah bilamana bukan kaki kita yang membolehkan kita berdiri sembahyang!. Bukan kerana kuasa atau kekuatan kita, yang mendirikan kaki kita sembahyang!. Mana mungkin kaki kita boleh gagah berdiri, jika tidak kerana Allahlah yang mendirikan kita!. Kiranya Allah yang mendirikan kaki kita untuk bersembahyang, kenapa kita mengaku kita yang berdiri sembahyang?.

Allah yang mengerakkan bibir mulut kita untuk berkalilmat, kenapa kita mengaku kita yang berkalilmat?. Allah yang mengerakkan hati kita untuk berniat, kenapa kita mengaku kita yang berniat?. Setelah segala-galanya dari Allah dan tidak ada satupun dari kita, kenapa masih mengaku kita yang bersembahyang?. Itu makanya sembahyang kita tidak ada rasa zuk, khusyuk?.

Terima kasih tuan Zaker Zain.

despartner Jawapan saya mudah aja. Kalau nak khuyuk dalam solat. KITA jangan solat. Hehehe, biar yang solat itu DIA. DIA = ALLAH. Apabila semua di serahkan kembali pada DIA, KITA sudah TIADA. Yang ada hanya DIA. Macam mana nak menghadirkan DIA? Hanya DIA dapat menghadirkan akan DIA. Guru akan membimbing untuk menghadirkan DIA. ILMU ini ILMU RASA. IKUT RASA BADAN BINASA..

makrifattokkenali
T.Kasih atas jawapan yang baik dan bernas. Cuma dilain kali saya minta dengan hormat agar tuan jangan menpermain-main atau bersenda dalam memberi pendapat dan seeloknya jawablah dengan berfatonah, nanti orang terkeliru!. Namun secara peribadi, saya memperakui bahawa tuan adalah seorang yang arif!.Benar pendapat tuan itu bahawa Kita sudah tidak ada, bilamana kita sudah tidak ada, bagaimana mungkin dapat menzahirkan Dia. Sedangkan Allah itu terzahir pada setiap yang zahir dan Allah itu nyata pada sekalian yang nyata. Tidak lagi perlu menyatakan Allah, krn Allah sudah sedia nyata senyata-nyatanya dan Allah itu terang seterang-terangnya. kenapa masih mahu cari!. T,kasih diatas pendapat yang bernas. amin drp hj shaari

despartner Assalamulaikum Tuan Guru dan semua.
Maaf saya pinta kepada Tuan Guru dan semua yang ada. Tidak terlintas untuk saya bergurau senda tentang Ilmu Allah ini. Maaf jua saya pinta kerana tidak membuat penjelasan pada tulisan saya. Terima Kasih pada Tuan Guru yang memberi penjelasan. Saya sudah lupa bahawa yang saya tulis ini adalah di alam maya. Sekali lagi maafkan saya

makrifattokkenali
Salah dan silap itu, adalah jua dari Allah. Untuk Allah menzahirkan sifat kekayaan dan kesempurnaan Nya. Jika pisang hanya bewarna hijau tanpa kuning, mana nak tahu pisang itu masak. Untuk itu, Allah perbuat berbagai-bagai bg menunjukkan kayanya Allah, yang boleh berbuat berbagai-bagai warna dan berbagai bentuk termasuk perkara buruk dan perkara baik. T.kasih atas keikhlasan tuan.

norrizan
Assalamualaikum Tn Haji…..
Sy nk tny , semasa kita sedang solat , apakah kita kena ingat segala pergerakan itu adalah akibat kudrat dan iradatNYA atau maksud disebalik surah yg dibaca

makrifattokkenali
Solat, bukan bertujuan untuk ingat makhlok. Terjemahan ayat-ayat Al-Quraan itu makhluk. Bacaan suara bibir mulut itu, adalah bersifat makhluk!. Kita bukan disuruh ingat kpd makhluk. Kita disuruh ingat Allah!.Pergerakkan solat itu, adalah sifat makhluk!. Jgn ingat kpd makhluk, mari kita sama-sama ingat Allah!. Drp hj shaari

makrifattokkenali
Jam 3.20 pagi tanggal 30hb Okt, saya terjaga dari tidur untuk menjawab persoalan tuan.
Terima kasih krn melayari web saya. Sembahyang, semua orang sembahyang termasuk saya dan tuan. Persoalannya disini, apakah sembahyang saya dan sembahyang tuan selama ini, disertai zuk?. Sebab tuan dan saya “tidak pernah” merasai zuklah makanya timbul rasa ragu.Bagi yang pernah menikmati zuk, mereka tidak lagi merasa ragu. Cuba tuan baca jawapan daripada Zaker Zain!. Saya kira orang seperti Zaker Zain, adalah salah seorang contoh yang menikmati Zuk dalam sembahyang!.
Kerana zuklah saidina Ali tidak merasa sakit!. Zuk itu, tidak semesti semasa sembahyang, apa lagi bilamana zuk diketika sembahyang!.Zuk itu, adalah ingat kepada Allah yang sehingga tidak bercampur ingat kepada yang lain!. Ingat kepada Allah, sehingga tidak ingat kepada anak panah, tidak ingat kepada sakit. Anak panahpun dari Allah, diri kitapun dari Allah.
Seumpama bisa seekor ular. Bisa atau racun ular itu, kalau masuk kedalam darah kita, ianya boleh membawa mati. Tetapi bilamana racun bisa ular itu berada didalam tubuh ular itu sendiri, apakah ia menjadi racun?. Sebab tidak menjadi racun, adalah kerana racun sendiri dan tubuhnya sendiri. Bila racun sendiri dan tubuh sendiri, pasti tidak lagi menjadi racun. Sebabnya “satu”.
Begiti juga Saidina Ali diketika kena panah!. Panah kepunyaan Allah dan dirinya kepunyaan Allah, mana lagi ada sakit, sebab “satu”. Satu itulah yang dikatakan zuk! satu itulah Zuk dan satuy itulah zuk!

Sumber: http://makrifattokkenali.com/2012/10/30/bagaimana-mencapai-khusyuk-dalam-sembahyanng/

Bagaimana Untuk Ingat Allah?

 Artikel ini ditulis pada 24.10.2012 oleh Tuan Guru Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof

Jam dinding menunjukkan pukul 4.33 pagi tanggal 25hb okt. bersamaan hari khamis. Terlintas untuk mengarang bab ingat kepada Allah. Sebelumnya rasa lebih baik saya panaskan badan dahulu dengan secawan milo yang dibeli dua hari lepas. Selepas menegok milo yang baru dibuat, entah mengapa pagi ini hati saya tiba-tiba tersangat ingat kepada arwah kedua ibu bapa! Tanpa dapat dibendung, kelopak mata bergenang dengan air mata. Saya gagahkan juga jejari ini untuk terus mengarang rencana yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan roh kedua ibu bapa saya bangga dengan apa yang saya perjuangkan selama ini!. Duhai ayahnda ku yang tercinta, kini anaknda mu akan terus meyambung hajat mu yang tidak kesampaian.

Inilah tajuk yang teramat besar untuk dimengerti oleh sekalian yang bergelar insan! Iaitu bagaimana caranya untuk ingat kepada Allah s.w.t. Marilah pada pagi yang mulia ini, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan supaya sama-sama kita menyeberang lautan ilmu yang tidak bertepi, agar suatu hari nanti, kita beroleh sampai kepersisiran pantai “ingat kepada Allah s.w.t“.

INGAT ALLAH BUKAN PADA NAMANYA

Ingat kepada Allah itu, bukan dengan cara menyebut-yebut nama. Ingat kepada Allah itu, bukan dengan cara membilang-bilang kebesaranNya. Juga ingat kepada Allah itu, bukan dengan cara mengira-ngira puji-pujian kesucian. Allah tidak makan dipuji. Allah tidak terpengaruh dengan puji-pujian, sogokan atau ampu dari makhluk. Allah itu bersifat Maha Terpuji dan Maha Suci. Yang tidak perlu kepada usaha makhluk untuk mensuci akan Dia. Allah tidak perlu dibersih atau dicuci, kerana Allah itu sudah sedia suci dan sudah sedia bersih. Allah itu, tidak sedikitpun termakan bujukan serta rayuan makhluk. Allah tidak terpengaruh dengan memek muka sedih, tidak terpengaruh dengan linangan air mata makhluk!n. Allah itu sifatnya berdiri dengan kakinya sendiri (Kiamuhu Binafsih), tanpa terpengaruh dengan bujuk rayu makhluk! Sekalipun nama Allah itu, dipuja atau dipuji, tidak sekali-kali bertambah kerajaan Allah dan sekiranya nama Allah itu tidak sekali-kali disebut-sebut oleh bibir mulut makhluk, sedikitpun tidak berkurangan kerajaan Allah!

Ingat Allah itu, bukan dengan cara menyebut-yebut namaNya. Pada asalnya Allah itu, tidak bernama dan tidak bergelaran apa-apa panggilan. Panggilan nama Allah itu, tercipta dan terpanggil sesudah keberadaan Nur Muhamad. Sebelum kejadian Nur Muhamad, Allah tidak bernama! Setelah terciptanya Nur Muhamad, barulah nama Allah itu terpanggil dan tersebut. Tetapi harus diingat bahawa Allah itu, bukan nama panggil-panggilan! Semasa Allah bersendirian, semasa sebelum kejadian Nur Muhamad, siapa hendak memanggil namanya sebagai Allah? Seumpama seorang Raja yang ketiadaan rakyat, siapa yang hendak memanggilnya sebagai Raja? Begitu juga Allah. Pada mulanya Allah itu, tidak bernama, setelah adanya Nur Muhamad (atau adanya rakyat), barulah Allah itu bernama. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah itu, bukan nama!

Allah itu bernama adalah pada bibir Nur Muhamad dan pada bibir-bibir makhluk! Oleh itu, sedarlah wahai sekalian mana yang ada membaca karangan ini, bahawa marilah bermula dari hari ini, jam ini dan saat ini, sama-sama kita “mencari ingat” kepada yang sebenar-benar Allah. Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara! Tulisan atau perkataan Allah yang berupa huruf, yang tersangkut di dinding-dinding rumah atau yang di sangkut dicermin-cermin kereta, itu bukan Allah. Itu adalah tulisan, tulisan yang berupa lakaran huruf dari tangan makhluk! Allah itu, bukan berupa tulisan, lakaran, ukiran atau berupa huruf. Apa yang kita tulis itu, adalah berupa dakwat beserta kertas. Sifat yang bilamana dibakar ia hangus dan bilamana direndam dia basah, itu adalah sifat makhluk, bukannya sifat Allah! Allah itu, bilamana terbakar tidak hangus, bilamana direndam tidak basah! Selagi terbakar dan selagi basah, itu bukan Allah. Jangan sekali-kali beriktikad bahawa suara halkum yang terzahir pada bibir mulut kita itu, adalah Allah!

Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada sesuatu! ingat, ingat dan ingat kata-kata saya yang sedikit itu! Allah bukan nya sesuatu tetapi nyata dan terzahir pada sesuatu! Suara bibir yang menyebut perkataan Allah itu, adalah merupakan sesuatu. Sedangkan Allah bukan sesuatu! Mana Allah dan bagaimana untuk ingat kepada Allah?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk tuan-tuan fikir sendiri! Jika saya terus-terus memperkhabarkan secara senang, tidak akan ada orang yang akan menghargai ilmu ini. Ilmu ini akan dihargai orang bilamana ianya mahal! Mahalnya ilmu ini bilamana saya sorok atau saya sembunyikan puncanya supaya tuan-tuan meraba-raba sendiri. Setelah puas dan letih meraba didalam gelap, barulah tuan-tuan tahu menilai yang ianya amat beharga! Cuba cari dan cuba jawab, bagaimana nak ingat kepada Allah dengan sebenar-benar ingat?

Bagi sesiapa yang berhajat kepada jawapannya, sila miliki kitab “mengenal diri dan mengenal makrifat Tok Kenali Kelantan” atau hubungi terus kepada saya Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof di talian 019 4444 713 catau 019 3010 117 !. Nampak seolah-olah saya nak mempromosi kitab, sebenarnya bukan berniat atau bukan tujuan saya untuk berpromosi kitab tetapi sekadar untuk menyatakan yang benar. Itupun sekiranya dikehendaki Allah! Sekiranya tidak dikehendaki Allah, bacalah seribu kitab dan sekalipun turun guru dari langit , kiranya tidak berkehendak Allah untuk memberi faham, tuan-tuan tidak akan beroleh faham. Kitab ataupun guru, hanyalah sekadar alat untuk meyampaikan, sesungguhnya yang memberi faham itu, adalah Allah swt!

INGAT KEPADA ALLAH ITU, BUKAN PADA SIFAT ATAU NAMANYA (ALLAH TIDAK BERSIFAT)

Allah itu, tidak bersifat, Allah itu tidak berjirim dan Allah itu tidak berjisim. Barang atau perkara yang tidak berjirim atau berjisim, mana mungkin ada nama! Setiap yang bernama itu, pasti ada sifat dan setiap yang bersifat itu, pasti nama! Sedangkan Allah itu tidak bersifat, mana mungkin Allah itu ada nama! (Barang yang tidak bersifat, pastinya tidak bernama. Barang yang tidak bernama, pasti tidak bersifat!). Sedangkan Allah Taala itu, tidak bersifat sebagaimana sifatnya makhluk, mana mungkin ada nama! Oleh itu, barang siapa yang masih menyebut nama Allah, sesungguhnya mereka itu, belum lagi dikatakan ingat kepada Allah! Ingat kepada Allah itu, bukan pada namaNya. Ingat kepada Allah itu, setelah kenal tuan yang empunya nama! Kenal tuan yang empunya nama, barulah dikatakan ingat ! Ingat kepada Allah itu, setelah sampai kepada tahap mengenal tuan yang empunya nama! Mengenal tuan yang empunya nama itu pula, hendaklah sampai kepada tahap tidak lagi berhuruf dan biarlah sampai kepada tahap tidak lagi bersuara! Yang tidak berjirim, yang tidak berjisim, yang tidak berhurf dan yang tidak bersuara itu, itulah baru dikatakan sebenar-benar Allah………………………………

Allah itu bersifat dengan sifat yang bersalahan sebagaiamana sifat makhluk. Sekiranya makhluk ada bentuk (ada sifat), pastinya Allah itu tidak ada bentuk dan tidak ada sifat. Sekiranya makhluk ada nama, Allah pasti tidak ada nama. Jika sekiranya Allah itu ada bentuk dan ada nama sebagaimana makhluk. Itu bukan Allah! Sekiranya Allah ada nama dan makhluk juga ada mempunyai nama, apa bezanya dengan makhluk?
Sekiranya Allah ada sifat dan makhluk juga mempunyai sifat, apa bezanya antara Allah dengan makhluk? Menandakan Allah itu adalah Allah, yang sifatnya bersalahan dengan yang baharu, pastinya berbeza dengan sifat makhluk! Bagi menentukan Allah itu tidak sama dengan sifat makhluk, hendaklah kedua-duanya mempunyai sifat yang berlawan atau sifat yang berbeza antara satu sama lain.

ALLAH ITU SEKADAR PENYATA BAGI NAMA.

Bilamana Allah ada, makhluk bersifat tidak ada, bilamana Allah melihat, makhluk bersifat tidak melihat dan bilamana sifat makhluk bernama, sudah barang tentu Allah bersifat dengan sifat yang tidak bernama! Panggilan "Allah" itu, adalah sekadar penyata bagi nama, bukan penyata bagi tuan! Penyata bagi tuan yang empunya nama itu, adalah “rasa”.

ALLAH ITU, BERLAWANAN SIFATNYA DENGAN MAKHLUK!

Bilamana makhluk bersifat, Allah tidak bersifat. Bilamana makhluk berbentuk, Allah tidak berbentuk. Bilamana makhluk bernama, Allah tidak bernama. dengan sifat ada bentuk, manakala Allah pula pasti tidak bersifat dan tidak berbentuk. Sekiranya makhluk ada sifat dan Allah juga ada nama, sekiranya makhluk ada nama dan Allah juga ada nama, apa bezanya Allah dengan makhluk? Sekiranya makhluk ada nama, Allah pasti tidak ada nama, sekiranya makhluk ada sifat, Allah pasti tidak ada sifat. Kerana Allah itu sifatNya bersalahan dari yang baharu dan bersalahan dari sifat makhluk!

ALLAH BUKAN SUARA DARI HALKUM!

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih lagi menyebut nama, bererti tuan-tuan belum sepenuh ingat kepada Allah! Ingat kepada Allah itu, bukan dengan menyebut namanya, ingat kepada Allah itu, adalah dengan cara “ingat kepada tuan yang empunya nama!”. Tuan yang empunya nama itu pula, tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Suara yang terkeluar dari kedua bibir mulut itu, adalah perkara yang masih bersifat suara dan masih bersifat jirim (huruf). Sedangkan Allah itu, sifatNya tidak berjirim atau berjisim! Allah itu bukan huruf atau tulisan dan Allah itu, bukan suara sebagaimana suara yang terkeluar dari halkum!.

ALLAH BUKAN SUARA BIBIR MULUT!

Allah tidak sebagaimana suara yang terkeluar dari bibir. Suara yang terkeluar dari bibir mulut itu, berupa angin yang dihembus dari halkum. Hembusan angin yang terkeluar dari peti halkum dalam bentuk suara yang berbunyi nama atau dalam bentuk panggil-panggilan dengan sebutan nama Allah, itu bukan Allah. Yang berbunyi itu suara, manakala suara itu bukan Allah! Suara bibir mulut makhluk itu, bukan Allah. Allah tidak berada pada peti suara (halkum) dan Allah tidak berada pada sebutan nama!, Mana Allah dan bagaimana cara untuk ingat kepada Allah? Cuba tuan-tuan jawab? Sebelum saya meneruskan ungkapan yang tidak seperti ini, saya mahu tuan-tuan jawab. Jika tidak boloeh jawab, bagaimana selama ini tuan-tuan ingat kepada Allah?

Jam dinding sudah menunjukkan pukul 5.46 pagi. Saya berhenti disini dulu buat seketika , kerana saya nak bersiap untuk berjoging selepas subuh. Saya hanya berjoging, berlari dan berjalan lebih kurang tiga kilometer shj.

Selepas berjoging lebih kurang satu jam dan selepas mandi, badan serasa segar. Untuk itu apa kata saya sambung sedikit lagi coretan ilmu ini buat tatapan para pembaca yang budiman sekalian! Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

INGAT ITU ADALAH TIDAK INGAT DAN TIDAK INGAT ITULAH YANG DIKATAKAN SEBENAR-BENAR INGAT!

Untuk ingat kepada Allah itu, kita tidak lagi perlu kepada dalil! Bagi sesiapa yang masih lagi meraba-raba mencari dalil untuk ingat kepada Allah, sesungguhnya mereka itu adalah golongan mereka-mereka yang belum ingat kepada Allah. Bagi sesiapa yang masih mencari-cari dalil untuk ingat kepada Allah, itu tandanya mereka belum ingat kepada Allah, mereka-mereka itu masih berada pada tahap mengingati dalil, bukannya ingat kepada Allah tetapi mereka hanya ingat kepada dalil! Sedangkan Allah itu, bukan dalil. Allah itu adalah Allah! Untuk ingat kepada Allah itu, kita sepatutnya tidak lagi perlu kepada dalil. Allah itu, bukan sesuatu, Sedangkan dalil itu, adalah merupakan sesuatu! Yang berupa sesuatu itu, bukan Allah kerana Allah itu bukan sesuatu! Untuk ingat kepada Allah itu, tidak lagi perlu kepada dalil!

Jika sekiranya masih berdalil-dalil untuk ingat kepada Allah, tandanya tuan-tuan teramat jauh dari Allah. Bilamana teramat jauh dari Allah, bererti tuan-tuan dalam keadaan teramat hampir kepada lupa kepada Allah. Jika tidak keterlaluan, izinkan kepada saya untuk menuduh dan untuk mengatakan yang bahawasanya tuan-tuan belum lagi sampai kepada tahap ingat kepada Allah! Apakah Allah itu tidak cukup terang dan apakah Allah itu, tidak cukup jelas sampai kepada mencari dalil untuk ingat kepada Allah? Allah bukan sesuatu, kenapa masih mencari sesuatu untuk ingat kepada Allah? Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada sesuatu!. Kenapa perlu cari lagi?…………………………………….

Selagi masih berdalil untuk ingat kepada Allah, sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan bukan dari golongan orang-orang yang ingat kepada Allah! Mencari dalil Allah, dengan sebutan, mencari dalil Allah, dengan berzikir, mencari dalil Allah, dengan perbuatan, mencari dalil Allah dengan suara, mencari dalil Allah dengan sembahyang dan mencari dalil Allah dengan puasa. Kenapa perlu lagi kepada dalil? Tidakkah Allah itu, teramat nyata dan teramat terang? Tidak cukupkah Allah itu Allah! Sesungguhnya Allah itulah Allah!.

Allah itu nyata, lebih nyata dari diri kita sendiri, kenapa perlu dalil? Cuba jawab pertanyaan saya…………………….

Allah itu terang, lebih terang dari cahaya matahari, kenapa perlui dalil? Cuba jawab pertanyaan saya……………………………………

Saya bermohon dan berseru kepada semua pembaca kitab Tok Kenali atau yang mengikuti laman web ini diseluruh Malaysia (Sabah Serawak), Singapore, Brunai dan Indonesia (terutama saudara dari Aceh dan Sulawesi) supaya memberi jawapan dan memberi komen tentang persoalan saya diatas. Mari kita sama-sama menilai dan menghayati bersama! Ayuh bukakan laman web masing-masing, mari kita berdiskusi!…………………………….

Memandangkan esok hari raya korban, tidakkah ada orang yang ingin bertanya tentang maksud sebenar korban?

Sumber: http://makrifattokkenali.com/2012/10/24/bagaimana-untuk-ingat-allah/