Artikel ini ditulis pada 7 Ogos 2012 oleh Hj. Shaari
Kepada sesiapa yang berhajat dengan izin Allah, untuk mendalami ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan, bolehlah berinteraksi secara on-line melalui email “makrifattokkenali@gmail.com”. Tujuan karangan kitab ilmu Tok Kenali oleh Haji Mohd Yusof Cik Wook ini, bukan bertujuan untuk membicara soal ilmu feqah, kerana persoalan ilmu feqah itu, sudah dibicara oleh sebarang kitab, semerata orang dan disemerata pelusuk dunia ! Tujuan kitab ini dinukilkan, adalah bertujuan untuk membawa tuan-tuan dan puan-puan sekalian belajar bagaimana cara-cara mengenal Allah dengan erti kata sebenar-benar mengenal! dan membimbing tuan-tuan dan puan-puan sekalian cara-cara atau kaedah mengenal diri dengan sebenar-benar mengenal ! Bukan setakat beristilah, bukan setakat usul dan sekadar slogan menyedap kata, tetapi ianya adalah sebenar-benar ilmu makrifat yang sebenar! Kami percaya banyak artikel-artikel, buku-buku dan pelbagai cara media cetak telah ada membicarakan tentang Ilmu Makrifat . Tetapi, percaya lah, di sini mungkin ada kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan di dalam sumber-sumber di atas. Maka dengan itu, sudilah kiranya saudara dan saudari semua, sama-sama mengembara dan menerokai keajaiban ilmu makrifat! dan bertanyalah sekiranya ada yang tidak jelas. Kami sedia menjawab segala pertanyaan dengan izin Allah Taala.
Ilmu makrifat adalah ilmu Rohani, ilmu jiwa dan ilmu rasa. Adalah mustahil ilmu-ilmu sebegini boleh dilihat dengan jangkauan akal manusia biasa. Ia merupakan sesuatu anugerah Allah s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan tidak terdapat ilmu ini diperolehi melalui pelajaran di sekolah-sekolah dan tidakpun ada di dalam sukatan mata-pelajaran, melainkan ianya ada pada dada-dada para mukmin. Ia merupakan sesuatu ilmu anugerah Allah yang menyentuh, merobek, menyiat dan meleburkan hati. Di mana ilmu ini dapat membawa dan membimbing kita ke jalan “mati sebelum mati“. Setelah menemui ilmu mati, barulah ilmu hidup yang sebenar-benar hidup itu dapat dimengerti! Ilmu ini, adalah ilmu rasa, hanya orang yang minum sahaja yang akan dapat tahu manis atau masinnya air. Ilmu ini adalah ilmu mencari kaedah dan bukannya ilmu mencari faedah. Ilmu ini, adalah ilmu yang bukan mencari syurga, bukan mencari pahala atau bukan mencari ganjaran. Ilmu ini, adalah ilmu mencari ikhlas. Ilmu ini, adalah ilmu mencari “diri yang dicari!”, yang menilik itu, adalah yang ditilik !, yang memanggil itu, adalah diri yang dipanggil. Yang menyembah itu, adalah juga diri yang disembah !
Persoalannya, adakah anda tergolong di dalam orang-orang yang terpilih dan dianugerahi Allah dengan ilmu ini? Bagaimana untuk mengetahui bahawa sekiranya anda tergolong di dalam kategori di atas, mari kita selaminya melalui kitab mengenal Allah dan Mengenal diri Tok Kenali Kelantan ! Untuk mendapatkan kedua-dua kitab itu, sila hubungi terus melalui talian telefon Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof 019-4444713 atau 019-3010117 atau 017-9106011. Sebarang komen atau teguran yang membina, amat saya alu-alukan. Kitab ini, adalah nukilan makrifat atau tasauf, segala pandangan atau teguran hendaklah berlandaskan kepadanya. Jangan membuat pandangan melalui sudut feqah. Kiranya pandangan dari sudut feqah , ia boleh melibatkan tafsiran yang tidak tepat mengikut sudut makrifat ! Makrifat itu, bidang ilmu yang halus dan dalam, hendaknya bila mana membuat teguran atau komen hendaklah terlebih dahulu pastikan yang ianya berlandaskan ilmu makrifat, bukannya pandangan dari sudut feqah. Rosaknya ilmu makrifat itu, adalah datangnya dari teguran orang feqah. Untuk itu, marilah kita sama-sama dukung ilmu makrifat dan tempatkan ia pada selayaknya ditempatkan. Amin
Jenis buku
Ilmu Tok Kenali Kelantan mempunyai 2 jenis kitab iaitu
1) Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan (Mengenal Allah)
2) Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan
Kitab ketiga akan menyusul tidak berapa lama lagi dengan tajuk “TERKUBURNYA ILMU MAKRIFAT TOK’ KENALI”. Sama-samalah kita tunggu kehadirannya. Yang membicarakan sebab apa ilmu makrifat itu terkubur. Sedangkan ilmu makrifat itu, adalah satu cabang ilmu yang fardhu (wajib), sebagaimana wajibnya ilmu-ilmu yang lain. Tetapi sayangnya, kemana hilangnya ilmu makrifat? Kemanakah terkuburnya ilmu makrifat ?
Ulamak feqah hanya pandai menuduh salah atau menuduh sesatnya ilmu makrifat, tetapi sekiranya benar ilmu makrifat itu salah atau sesat, cuba ulamak-ulamak kita sekarang ini, kemukakan ilmu makrifat yang benar-benar betul ! Saya berseru kepada pakar-pakar ulamak supaya mengajar cara mengenal Allah. Cara mengenal diri, cara hakikat sembahyang, cara hakikat air sembahyang, cara hakikat niat. Hakikat kalimah syahadah. Syarahan atau ceramah itu, hendaklah berdasar atau berlandaskan sudut ilmu hakikat dan makrifat! Ramai yang sudah muak dan jemu ceramah berbentuk syariat atau feqah. Seolah-olah agama Islam itu satu yang statik. Mari kita sama-sama memartabatkan ilmu syariat dengan menambah nilai atau tingkatkan ilmu syariat itu dengan nilai yang lebih tinggi melalui ilmu hakikat.
Bukan untuk meninggalkan ilmu syariat, tetapi dalam erti kata kita menambah nilaikan ilmu syariat melalui cara ilmu hakikat. Syariat itu adalah ilmu asas manakala ilmu makrifat itu adalah ilmu teras. Asas dan teras hendaklah bersama. Selama mana kita hendak belajar ilmu asas, dari kecil sampailah kepada umur 70 atau 80 tahun, kita hanya disogokkan dengan ilmu feqah atau syariat. Bilakah agaknya masa yang sesuai untuk kita dalami ilmu makrifat? Apakah menunggu sehingga kita dimasukkan kedalam liang lahat? Sedarlah wahai sahabat-sahabat dan musliman serta muslimat sekalian, bahawasanya tidak akan ada seorang ustazpun yang akan datang ke dalam kubur untuk mengajar tuan-tuan akan ilmu makrifat ! Sehubungan dengan itu, marilah kita belajar ilmu makrifat, semasa hayat masih dikandung badan. Sampai bilakah hendak kita memartabatkan imu makrifat agar kedudukannya boleh duduk sebaris dengan ilmu feqah dan ilmu syariat? SAMPAI BILA?
Kepada semua ulamak makrifat, saya mewakili guru-guru terdahulu dan bagi pihak Arwah Tok kenali Kelantan, supaya sama-sama memperjuangkan ilmu makrifat sebaris degan perjuangan ilmu syariat. Cukuplah kita biarkan ilmu makrifat itu terkubur dengan begitu sahaja tanpa ada pembelaan. Pertaruhan dalam memperjuangkan ilmu makrifat itu, adalah nyawa. Patah sayap dengan paruh akan ku tongkat, demi makrifat kepada Allah. Saya dengan rasa rendah diri dan sekecil-kecil hamba, ingin menyampaikan seruan ini kepada sekalian budiman yang ada, marilah kita sama-sama memartabatkan ilmu makrifat sebagaimana permulaan perpindahannya Baginda Rasullullah dari Kota Mekkah ke Kota Madinah. Baginda Rasulullah memperjuangkan asas makrifat, dengan menanam bibit-bibit makrifat ke dalam hati-hati para sahabatnya seumpama apa yang berlaku kepada sahabatnya Bilal bin Rabbah. Sehinggakan rasa percaya kepada Allah itu atau rasa makrifat kepada Allah itu, tidak terjual dengan nyawa. Tetapi, ke manakah terkuburnya ilmu makrifat itu? Di mana dan ke manakah terkuburnya ilmu makrifat?
Untuk mendapat jawapan itu TUNGGULAH PENERBITAN KITAB KETIGA HAJI SHAARI HAJI MOHD YUSOF (019 4444 713). Sekiranya tuan-tuan benar-benar ingin mendalami ilmu peninggalan Tok Kenali yang sebenar, milikilah rakaman video ceramah Hj. Shaari dalam bentuk DVD. Sekeping DVD berharga RM10.00 dan koleksi ceramah yang terpilih ada 15 keping. Tuan-tuan tidak akan menyesal bila menontonnya. DVD ceramah itu penuh dengan ilmu yang tidak dapat disampaikan melalui tulisan di dalam kitab.
Ikhlas dari saya Hj. Shaari. Amin
Sumber : http://makrifattokkenali.com/2012/08/07/ilmu-makrifat-tok-kenali-kelantan/
Apa bezanya ilmu matrifat ni dgn ilmu yg kita belajar dkt masjid dan sekolah agama?
ReplyDeleteSejati hidup utk persiapan bertemu mati wajib pelajari 4pekara ini..
DeleteSYARIAT-ILMU ASAS ARTI NYA HUKUM HALAL HARAM & SEWAKTU DGN NYA
TARIQAT-PERJALANAN/CARA KITA INGAT/SESUATU AKTIVITI BUAT KITA TIDAK LUPAKAN TUHAN KITA ALLAHSWT.CTOH MENGAJI ILMU,ZIKIR & SOLAT
HAKIKAT- ILMU PEMBUKA RAHSIA UNTUK APA SEBENAR NYA KITA HIDUP DI ATAS MUKA BUMI..
KITA BAHASA KN DIRI KITA AKU..
DI MANA AKU INI????
AKU CUBA MENCARI/MENUNJUKAN DIRIKU TIDAK JUMPA..
MAARIFAT- (INI RAHSIA HANYA YG DIBERI RASA SHJA AKAN MERASA KAN NYA)
KAU AKAN SEDAR BAHAWA SEGALA MILIK ALLAHSWT.
DAN SEGALA YG KAU LIHAT AKAN NAMPAK ALLAHSWT..
1RAHSIA AKU BUKA UTK MU SAUDARAKU.
KAU ITU SEJATI NYA ADALAH ROH..BUKAN JASAD.KERANA JASAD MU AKAN HANCUR DI MAKAN TANAH..
INGAT JGN KAU LUPA..
(AKU BANTU BUKA HIJAB MU)
COBA KAU FIKIR.SAAT SOLAT MENGADAP KIBLAT..
ADAKAH KIBLAT ITU ALLAHSWT???
PASTI TIDAK..
OLEH ITU DIMANA ALLAH???
YG KITA MENGAKU ALLAH TUHANKU.
MAKA UTK KAU TAHU KAU PERLU BELAJAR ILMU TAUHID
AMIN(MAAF JIKA KURANG)
Ahli kalam. Berhati-hati mempelajari ilmu sebegini. Apabila falsafah Greek dan rom masuk ke dalam ajaran islam
DeleteSeharusnya kita belajar dgn cara yg Rasulullah SAW sampaikan kepada sahabat. Dari sahabat ke tabiin. Dari tabiin ke tabiut tabiin. Mengikut pemahaman salaffus soleh.
Salaffus Soleh, itu yang sebenarnya..dalilnya ada, dari sahabat kepada Rasulullah...
Deletenak tahu duduk la di majlis ilmu itu semuga Allah beri anda petunjuk dlm pekara itu, ilmu itu bukan nk dibahas2 atau kata2 suara,
ReplyDeleteAssalamualaikum,Jgn sekali kali kau tinggalkan aku,Bawalah aku mengembara,menerokai bersama akan ilmu hakikat makrifat ini,Akan aku selami hingga hilang lenyap hati ini melebur dlm mencari keredhanmu Ya Rabbku...
ReplyDeleteAssalamualaikum,Jgn sekali kali kau tinggalkan aku,Bawalah aku mengembara,menerokai bersama akan ilmu hakikat makrifat ini,Akan aku selami hingga hilang lenyap hati ini melebur dlm mencari keredhanmu Ya Rabbku...
ReplyDeleteAssalamualaikum,Jgn sekali kali kau tinggalkan aku,Bawalah aku mengembara,menerokai bersama akan ilmu hakikat makrifat ini,Akan aku selami hingga hilang lenyap hati ini melebur dlm mencari keredhanmu Ya Rabbku...
ReplyDeleteAhli kalam. Hmmm. May Allah SWT guide us to the Straight Path.
ReplyDeleteBerhati hatilah. Sy pernah menghadiri majlis mereka bertempat di tempat terpencil. Dengan mata sy sendiri sy melihat anak murid yg bukan muhrim yang kebanyakkannya bini orang berlaga pipi dan mencium pipi gurunya yg bernama shaari. Malah sepanjang majlis itu muridnya mentafsirkan diri sebagai allah.
ReplyDeleteSyirik hukumnya kalau mentafsir diri selain Allah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJgn mudah menuduh org itu salah atau tidak.. yg salah diri sdiri sebab tidak faham dan tidak mengerti.. ilmu tu benar tidak ade yg salah.. yg salah org nye sdiri.. makrifat hakikat tarikat syariat tu smuenye benar.. jgn cepat berburuk sangke.. keburukkan itu ade pade diri sdiri..
ReplyDeleteApapun kembali pada Allah .... Tidak ada yg boleh menyelamatkan kita melainkan pertolongannya
ReplyDeleteDari berbagai macam sumber yang saya dengar ataupun saya baca mengenai ilmu makrifat, ilmu makrifat tok kenalilah yang benar benar saya pahami dan saya mengerti, Insyaallah akan saya amalkan ilmu ini.
ReplyDeleteSaya mendengarkan ceramah dari youtube yang berjudul ceramah tok kenali 001/015 semuanya tidak ada yang keliru, hanya saja saya ingin bertanya bagaimanakah caranya agar kita berjumpa dengan ruh kita selain kita tidak adanya diri?
ReplyDeleteA'mualaikum ustaz..01135305502..
ReplyDeleteassalamualaikum saya dari Indonesia butuh link kitab nya. boleh
ReplyDelete