Dia tidak pernah merasai manisan selama 40 tahun meskipun dia inginkan manisan itu setiap hari. Setiap hari dia melihat cermin beberapa kali kerana khuatir mukanya bertambah hitam oleh dosanya.
CINTA ALLAH
Murid Sirri iaitu Junaid pernah ditanya, 'Apakah cinta?' Junaid menjawab, 'Ada orang kata cinta itu ialah menurut kehendak Allah, yang lain pula berkata cinta itu ialah menurut perintah Allah'. Sirri cuba mensiatkan kulit tangannya tetapi tangannya sangat kurus. Kemudian dia berkata, 'Jika saya katakan bahawa cinta itu membawa saya kepada suatu keadaan yang boleh mengeringkan darah dan dagingku, maka apa yang saya katakan tentang cinta ini tidaklah salah'. Setelah berkata demikian, dia pun pengsan dan mukanya berseri-seri seperti cahaya matahari. Apabila Sirri sedar, dia berkata, 'Orang yang benar² cinta kepada Allah itu jika dipancung, tidak akan merasai sakit. Pada mulanya saya tidak kenal cinta itu tetapi Allah kurniakan kepadaku perasaan itu dan saya dapat rasai sedikit cinta itu sekarang'.
TIDAK MAHU DIGANGGU
Apabila murid² meminta supaya Sirri mendoakan mereka supaya Allah beri ilmu, Sirri memohon supaya mereka diberi ilmu yang mereka tidak perlu lagi menambah ilmu itu dan dia tidak dikacau lagi apabila dia sedang mengenang Allah.
TERPENGARUH DENGAN KATA², AKHIRNYA MENJADI HAMBA ALLAH YANG DICINTAI
Suatu hari,sewaktu Sirri sedang memberi syarahan, khalifah pun datang dengan segala kebesarannya. Pada masa itu Sirri sedang berkata, 'Makhluk yang paling dimuliakan Allah ialah manusia, namun begitu manusia banyak melakukan dosa'. Khalifah kembali ke istananya. Pada malam itu, khalifah tidak dapat tidur kerana terkenangkan balasan Allah di akhirat kelak. Esoknya, baginda buang pakaian kerajaan dan memakai pakaian Darwisy. Baginda terus berjumpa Sirri dan berkata bahawa syarahan beliau itu telah mempengaruhinya dan menyebabkan baginda ingin membuangkan segala hal keduniaan dan ingin memencilkan diri untuk menuju jalan Allah. Baginda meminta Sirri menunjukkan jalan itu.
Sirri memberitahu baginda bahawa ada 2 jalan menuju Allah itu. Pertama ialah apa yang diperintahkan oleh Quran seperti sembahyang 5 waktu sehari semalam, memberi zakat, membaca Quran dan lain² perintah agama. Jalan yg kedua ialah jalan yang lebih dekat iaitu membuangkan hal² keduniaan dan menghabiskan masa beribadat kepada Allah, tidak meminta kepada makhluk dan tidak menerima daripada mereka, terima pemberian Allah dan meminta kepada Dia sahaja.
Setelah mendengar itu, khalifah pun terus pergi ke hutan belantara. Ibunya menangis dan merungut yang Sirri lah yang menyebabkan anaknya menjadi Darwisy dan sekarang tidak diketahui di mana dia. Sirri berkata, janganlah risau, dia akan kembali tidak lama lagi. Setelah khalifah menjadi Darwisy itu kembali ke tempat Sirri, dia pun menjemput ibu dan anak isterinya khalifah itu bertemu dengannya. Melihatkan keadaan khalifah yang telah jadi Darwisy itu, mereka semuanya menangis dan memujuknya supaya menjadi khalifah semula. Khalifah itu pun cuba hendak lari kerana enggan menurut kata mereka. Isterinya meminta supaya dibawa anaknya seorang bersamanya. Khalifah itu pun menanggalkan pakaian indah anaknya itu dan memakaikan pakaian kasar Darwisy. Apabila ibu kanak² itu melihat pakaian yang buruk itu, maka disambarnya anaknya kembali dan terus mereka kembali ke istana dengan meninggalkan khalifah yang telah jadi Darwisy itu kembali ke hutan belantara.
Beberapa hari kemudian, ada orang memberi khabar kepada Sirri menyatakan bahawa khalifah itu akan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi dan dia meminta Sirri bertemu dengannya. Sirri sampai ke tempat perkuburan di mana dilihatnya Khalifah itu terbaring di atas tanah. Sirri terus duduk dan meletakkan kepala khalifah itu diribanya. Khalifah itu berkata, 'Tuan terlambat sedikit'. Setelah menyebut nama Allah, baginda pun mati. Semasa Sirri pulang ke desanya untuk mengambil alat² untuk mengebumikan baginda itu, di tengah jalan bertemulah dia dengan orang ramai yang membawa alat² yang diperluinya. Mereka berkata bahawa mereka telah terdengar suara ketuhanan yang menyuruh mereka membawa alat² itu menyembahyangkan baginda sebagai hamba kecintaan Allah yang baru sahaja meninggal dunia.
MATI APABILA MENDENGAR NAMA ALLAH
Sirri bertanya kepada seorang wali Allah, 'Apa nama
tuan?'' Dia menjawab, 'Itu'. Ditanya lagi, 'Apa tuan makan?' Jawabnya,
'Itu'. Segala soalan dijawabnya serupa itu juga. Sirri bertanya, 'Apa
maksudmu dengan 'itu'? Jawab wali Allah itu, 'Aku maksudkan Allah
s.w.t'. Setelah mendengar nama Allah, Sirri menjerit dan terus meninggal
dunia.
Kata² Sirri:
1. Orang yang kenal Allah itu akan membuang dunia. Bersahabat dengan dunia itu, merosakkan kerohanian.
2. Ingat Allah dan buangkan dunia. Itulah jalan kerohanian. Hiduplah di dunia ini untuk bekal ke akhirat. Ketahuilah bahawa orang cinta kepada Allah itu tidak tamak kepada dunia.
3. Tempoh beribadah itu ialah sebaik-baiknya di masa muda, dan hendaklah
jauhkan diri dari jiran-jiran yang kaya dan orang alim yang menjual
ayat² Allah untuk mendapatkan wang
4. Apabila doktor itu sendiri sakit, kepada siapa kita hendak berubat?
Apabila Khidr terhuyung hayang dalam perjalanan, kepada siapa kita
harapkan bimbingan?
"Sesungguhnya pada kisah² mereka itu terdapat pengajaran bagi orang² yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang di-buat², akan tetapi membenarkan (kitab²) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. [Surah Yusuf,12:Ayat 111]
Thursday, 16 April 2015
Kisah Sirri Al-Saqti
Labels:
Allah,
aulia allah,
cerita,
cinta Allah,
cinta Nabi,
doa,
hamba,
hari kiamat,
kata-kata hikmah,
kerohanian,
kisah tauladan,
mabuk dengan tuhan,
mencari tuhan,
mengenal allah,
Muhammad,
neraka,
syurga,
tuhan,
wali allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment