Tuesday, 7 April 2015

Kisah Ahmad Khidhrawiyah

MEMBUANG DUNIA KERANA ALLAH

      Suatu hari di dalam bulan Ramadhan (puasa), Ahmad mempelawa seorang kaya untuk berbuka puasa bersama dia. Dia menjamu orang kaya itu dengan roti kering. Setelah orang kaya itu kembali ke rumahnya, dia pun mengirimkan kepada Ahmad sebanyak 1000 dinar sebagai hadiah. Ahmad enggan menerimanya dan berkata, 'Aku tidak mahu tukarkan kesufianku dengan kekayaan dunia atau akhirat'.
      Ahmad berkata lagi, 'Orang yg mencari Allah akan menemui Allah. Cinta kepada Allah itu memerlukan kita membuang dunia dan hal ehwalnya. Hati dan jiwa sentiasa mengenang Allah sahaja'.
Diceritakan oleh Syeikh Fariduddin 'Attar

No comments:

Post a Comment