Thursday, 9 April 2015

Kisah Abu Muhammad Imam Jaafar Al-Sadiq

PENGHADIAHAN MENGGANGGU IBADAT

      Suatu hari Jaafar telah dipanggil oleh Khalifah. Apabila beliau tiba di tempat khalifah itu, khalifah itu hendak memberikan hadiah emas kepada beliau tetapi beliau enggan menerimanya. Lalu, khalifah itu menyuruh beliau meminta apa sahaja yang beliau suka untuk dihadiahkan. Jaafar pun berkata, 'Jika tuan redha, kurniakanlah kepada saya satu hadiah iaitu janganlah tuan panggil saya lagi untuk bertemu dengan tuan kerana itu mengganggu ibadatku'. Khalifah pun bersetuju.

MENYEMBUNYIKAN PENGABDIAN

      Seorang hamba Allah telah berkata kepada Jaafar, 'Wahai Jaafar, tuan memakai pakaian yang mahal²'. Beliau berkata, 'Lihatlah pakaian dalamku'. Orang itu pun meraba pakaian dalam beliau. Lalu dia terperanjat apabila dia merasa pakaian itu sangatlah kasar sehingga tangannya terguris oleh kasarnya pakaian Jaafar itu. Orang itu bertanya lagi, 'Apakah maksudnya dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?' Jaafar menjawab, 'Pakaian luar ini untuk dunia (untuk menyembunyikan pengabdianku dan mengelakkan aku diketahui oleh orang ramai) dan pakaian dalam itu adalah untuk keredhaan Tuhanku (yang menghormati kefakiran kita dan memuliakan penyerahan kita kepadaNya)'.

SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK

      Seorang bertanya kepada Jaafar, 'Siapakah yang lebih baik di antara 2 orang ini; seorang adalah orang kaya yang bersyukur kehadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya dan yang seorang lagi adalah orang fakir yang redha?' Jaafar menjawab, 'Orang fakir yang redha itulah yang lebih baik kerana orang kaya itu sentiasa ingatkan harta bendanya tetapi yang fakir itu sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri yang memuji orang² yg bertaubat dan orang² yg memasuki Islam dan mengganggap mereka lebih baik dari ahli² ibadah. Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia'.

Kata² Jaafar yg lain:

1. Pada hari pembicaraan kelak, kamu tidak ditanya tentang harta benda atau pangkat atau nenek moyang dan pendapatan kamu tetapi kamu akan ditanya tentang amalan kerohanian yang telah kamu lalui dan ibadah yang telah kamu lakukan.

2. Allah tidak akan dijumpai sehingga kita benar-benar mahu bertemu denganNya seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.

3. Adalah satu dosa jika berputus asa dalam ibadah.

4. Orang yg bertaubat setiap kalu membuat dosa adalah orang yg dikasihi Allah.

5. Rahsia itu dibukakan kepada saya tatkala saya tenggelam dalam cinta Allah.

6. Orang yg tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya kehadrat Allah adalah orang yang akan menduduki syurga tetapi orang yang bergantung kepada dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di neraka.
 
Diceritakan oleh Syeikh Fariduddin 'Attar

No comments:

Post a Comment