Sunday, 12 April 2015

Kisah Abu Al-Qasim Al-Nasrabadi

MABUK DENGAN TUHAN

      Pada satu hari, Abu Al-Qasim sedang terlalu mabuk dengan Tuhan. Lalu dia telah pergi ke sebuah tokong orang Majusi dan dia telah bertawaf mengelilingi tokong itu. Orang² Islam yang melihat perkara itu telah membuat bantahan terhadap perbuatan itu. Abu Al-Qasim berkata, 'Saya cari DIA di Kaabah tetapi tidak berjumpa DIA. Sekarang, saya cari DIA di sini dengan harapan dapat bertemu dengan DIA di sini'. Oleh kerana Orang² Islam terlalu marah memandangkan akan hal kelakuannya itu, dia pun dihalau keluar dari Naishapur.

MENCARI TUHAN

      Abu Al-Qasim melihat beberapa orang sedang bercakap antara sesama mereka semasa bertawaf mengelilingi Kaabah. Akhirnya, dia mula mengumpulkan kayu api. Orang pun bertanya kenapa dia berbuat demikian. Beliau berkata, 'Saya hendak membakar Kaabah kerana apabila Kaabah tidak ada, orang akan terus mencari Tuhan secara langsung tanpa ada perantara lagi'.

MELAWAT KUBUR MUSA

      Abu Al-Qasim telah berkata, 'Saya melawat kubur Musa. Dari tiap-tiap serbuk tanah di kubur itu kedengaran teriakan 'Ya Allah! Ya Allah! Tuhanku'.

Kata² beliau:

1. Ada orang yg duduk bercampur gaul dengan perempuan dan mereka mengatakan mereka tidak ada apa-apa meskipun mereka melihat kepada perempuan² itu. Saya katakan bahawa selagi nafsu mereka itu belum dihapuskan seluruhnya, maka mereka hendaklah menurut undang² Al Qur an dan menjauhkan diri dari perkara yang dilarang.

2. Sama' ialah kekuatan ruh.

3. Jasad ini adalah penjara kepada si hamba.

Diceritakan oleh Syeikh Fariduddin 'Attar

No comments:

Post a Comment