Friday, 10 April 2015

Kisah Uwais Al-Qarni

INGAT MATI

      Seseorang telah memberi kepada Qarni beberapa keping wang. Qarni enggan menerimanya dan berkata bahawa beliau hanya ada 2 dirham sahaja dan itu pun sudah mencukupi. Orang itu berkata, 'Berapa lama wang sebanyak itu akan mencukupi?' Qarni menjawab, 'Adakah engkau tahu bahawa hidupku ini tidak tentu (yakni tidak tentu bilakah nyawa bercerai dengan badan) dan perlukah aku menerima hadiahmu?' Orang itupun diam.

      Qarni biasanya mengelakkan dirinya dari bertemu dengan manusia kerana dia memandang hari kiamat itu sangat hampir dan dia tidak sanggup membuang masanya untuk bergurau dan lebih baik dia menghabiskan masanya dengan solat.

      Seseorang telah bertanya kepada beliau, 'Siapa kamu?' Qarni menjawab, 'Apakah kamu anggap seorang yang tidak mahu tahu apakah dia akan hidup sehingga petang tatkala dia bangun tidur di pagi hari?'

      Satu ketika Qarni telah diberitahu bahawa seorang Darwisy (fakir) yang memakai tudung sedang duduk di kuburan sambil menangis sepanjang masa. Dia berkata, 'Katakan kepadanya bahawa tudung itu adalah dinding atau tabir antara dia dengan Allah. Kubur dan tudung itu menjadi penghalang dalam perjalanan kerohaniannya'. Apabila di Darwisy mendengar kata² Qarni, diapun bertafakur, kemudian menjerit, lalu meninggal dunia (mati).

Kata² Qarni:

1. Orang yg mengenal Allah sebagai sahabat, tidak akan bersahabat dengan makhluk.

2. Tidurlah dengan mati disampingmu (yakni sentiasa mengganggap mati itu sangat hampir) dan apabila kamu bangun dari tidur, janganlah kamu sangka, kamu akan hidup lama lagi.

3. Anggaplah Qur an itu seperti Khidr, pemimpinmu dalam perjalanan dan jangan lupa akan kematian. Sentiasalah bersolat.

4. Ingatlah, malam itu untuk ibadah dan bukannya untuk tidur.

5. Hendaklah benar-benar khusyuk dalam solat hinggakan tatkala kamu rukuk dan tombak dilontarkan kepadamu, kamu tidak akan merasai sakitnya.

6. Sesiapa yang berpakaian indah, makan lazat-lazat dan mempunyai kawan-kawan yang kaya, maka dia lebih hampir ke neraka daripada urat lehernya sendiri.

Diceritakan oleh Syeikh Fariduddin 'Attar

No comments:

Post a Comment