Sunday, 5 April 2015

Kisah Makruf Al-Karkhi

TIDAK MENCAMPURI URUSAN ORANG LAIN

Kisah 1:
      Ketika dalam perjalanan menuju ke Makkah, seorang hamba Allah telah tersilap arah kiblatnya semasa bersolat. Setelah dia sedar akan kesilapannya itu, dia bertanya kepada Al-Karkhi, 'Kenapa tuan tidak menegur (membetulkan) saya ketika saya solat tadi?' Al-Karkhi menjawab, 'Seorang Darwisy tidak berhak untuk masuk campur dalam urusan hal² kerohanian orang lain dan begitu juga dengan hal² keduniaan'.

TIDAK TAHU SAMPAI ATAU TIDAK WALAUPUN DEKAT

Kisah 2:
      Satu hari, Al-Karkhi tidak dapat berwhuduk padahal telah masuk waktu untuk bersolat. Oleh kerana ketiadaan air di situ, beliau pun bertayamum. Orang yg melihat berkata, 'Tuan, sungai Dijlah tidak jauh dari sini, kenapa tuan tidak berwhuduk di sana?' Al-Karkhi menjawab, 'Bagaimanapun dekatnya sungai itu, saya tidak tahu sama ada saya akan sampai ke air itu atau tidak.'

Al-Karkhi berkata, 'Orang yang membuangkan cinta kepada dunia akan dapat merasai cinta Allah dan mencapai cinta itu'.

Diceritakan oleh Syeikh Fariduddin 'Attar

No comments:

Post a Comment