Al-Surrakhsi ialah guru Syeikh Abu Said Abu Al-Khair. Pada satu masa, Al-Surrakhsi berada dalam kesempitan. Ketika dia sedang duduk di bawah pokok, dia berdoa, 'Ya Allah.. Semenjak setahun yang dulu, saya perlukan 1 dinar untuk mencukur kepala saya, tetapi saya belum lagi mendapatnya'. Imam Al-Khirmani berkata bahawa beliau telah mendengar suara Al-Surrakhsi itu. Pada masa itu dia berdiri berhampiran di situ dan sewaktu itu beliau masih kecil dan dianya terlindung daripada pandangan Al-Surrakhsi. Setelah Al-Surrakhsi berdoa sedemikian, semua daun² pokok itu menjadi emas.
Al-Surrakhsi berkata, 'Ouh Tuhan.. mulai dari sekarang, saya tidak akan lagi menyatakan kesusahan saya kepada Mu'.
Al-Surrakhsi berkata, 'Janganlah risau terhadap masa hadapan dan jangan tangiskan perkara yang telah berlalu. Hiduplah dalam keadaan sekarang ini'.
Beliau membuat pesanan terakhir, 'Janganlah kuburkan saya di mana berkuburnya wali² Allah tetapi kuburkanlah saya di mana berkuburnya orang² yang pecah hatinya agar saya dapat lebih berkatNya yang terjatuh di situ'.
Diceritakan oleh Syeikh Fariduddin 'Attar
No comments:
Post a Comment