Jariri berkata, 'Seorang sufi telah datang kepadaku (ke rumahku) pada satu pagi. Dia duduk ditempatku, kemudian dia berwhuduk. Selepas itu dia bersolat. Kemudian dia duduk sambil menongkatkan lututnya dan terus bertafakur sehingga petang. Pada hari itu juga, khalifah mempelawa semua orang² sufi datang ke satu jamuan. Saya bertanya kepada orang sufi itu sama ada dia mahu pergi ke jamuan itu atau tidak. Orang sufi itu berkata dia tidak ada urusan dengan khalifah tetapi jika saya yang memberi sedikit kuih kepadanya, dia akan memakannya. Saya tidak memandang tinggi terhadap orang sufi ini. Saya buat tidak peduli sahaja. Saya pun pergi ke jamuan itu. Apabila saya kembali dari jamuan itu, saya masih melihat dia masih lagi sedang bertafakur. Lalu, saya pergi untuk tidur. Semasa saya tidur itu, saya telah bermimpi melihat Nabi Musa, Nabi Khalil dan Nabi Muhammad yang ditemani oleh 10 ribu aulia Allah yang besar. Mereka berdiri jauh sedikit di hadapan saya dan muka mereka tidak memandang kepada saya. Saya bertanya kenapa mereka berlaku sedemikian? Nabi Muhammad bersabda, "Kerana kamu tidak memberi kuih itu kepada hamba Allah tersebut, maka kami semuanya tidak suka kepada kamu"'.
Jariri berkata lagi, 'Saya pun sedar dari tidur dan terus hendak pergi berjumpa dengan orang sufi itu tetapi dia telah meninggalkan rumah saya. Saya turuti dia. Setelah bertemu dengannya, saya minta dia pulang ke rumah saya dan menerima kuih dari saya. Orang sufi itu berkata, "Setelah anbia dan aulia itu datang, barulah tuan hendak memberi kuih kepadaku tetapi semasa sy meminta dulu, tuan tidak memberi kepada saya". Setelah berkata begitu, orang sufi itu pun menghilang diri dan hingga kini saya tidak bersua lagi dengannya'.
Jariri berkata, "Orang yang sedikit makan boleh melakukan lebih banyak latihan kerohanian".
Diceritakan oleh Syeikh Fariduddin 'Attar
No comments:
Post a Comment